Apr 08, 2025 4PM
Pemilik restoran mengaku bersalah pamer logo halal tanpa perakuan sah
Seorang pemilik restoran mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di Kota Bharu, Kelantan hari ini atas pertuduhan mempamerkan logo halal tanpa perakuan atau kebenaran yang sah.
Orang Kena Saman (OKS), Lim Beng Kee didakwa melakukan kesalahan itu pada 12.46 tengah hari 18 November 2024, di premis perniagaannya di Jalan Temenggong di Kota Bharu.
Lelaki itu didakwa melanggar Perintah 4(1)(a) & (b) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 yang boleh dihukum mengikut Perintah 8(b) perintah sama yang memperuntukkan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Tanpa logo halal yang diperakukan sah, umat Islam yang berkunjung ke kedai makan tersebut akan berasa was-was. (kredit foto: Malaysiakini)
Bernama melaporkan, ketika prosiding, Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Muhammad Iman Masjuri menawarkan jaminan RM10,000, namun OKS yang tidak diwakili peguam merayu jumlah itu dikurangkan kerana duitnya tidak mencukupi.
Susulan itu, Hakim Zulkifli Abllah membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh jatuh hukum adalah pada 13 Mei ini.
Waktu Solat


30 Apr 2025
Waktu solat berikutnya,
Imsak
pada
05:44

