Back To Halal News

Aug 19, 2025 4PM

Tiada sijil halal dilarang guna No Pork, No Lard, Muslim-friendly

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menegaskan penggunaan terma Muslim-friendly, No Pork No Lard adalah dilarang bagi mana-mana pihak bukan pemegang Sijil Pengurusan Halal Malaysia (SPHM). 

 

Jais berkata,  istilah-istilah tersebut menggambarkan makanan atau perkhidmatan yang mematuhi piawaian halal walhal produk-produk itu tidak disahkan halal oleh pihak berkuasa mahupun dijamin mengikuti keperluan halal. 

 

“Sebagai contohnya dari aspek bahan mentah, pemprosesan dan juga kebersihan.

 

“Di Malaysia, Akta Perihal Dagangan 2011 melarang sama sekali menggunakan istilah atau label yang boleh mengelirukan pengguna.


“Hanya pemegang SPHM sahaja yang boleh menggunakan istilah-istilah ini,” katanya.


Teguran JAIS itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen, khususnya dalam kalangan Muslim. (kredit foto: Malaysiakini)


JAIS turut bertegas, istilah no pork dan no lard hanya memaklumkan pengguna bahawa produk tersebut tidak mempunyai khinzir namun tidak mendedahkan bahan-bahan lain seperti alkohol, gelatin tidak halal serta pencemaran silang. 

 

Penggunaan ayat al-Quran dan perkataan berunsurkan Islam oleh pengusaha bukan pemegang SPHM juga adalah satu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 kerana boleh mengelirukan pengguna, maklumnya. 

 

JAIS menasihatkan umat Islam untuk sentiasa berwaspada dengan memastikan sesuatu premis atau makanan itu berstatus halal sebelum membeli atau memakannya. 

 

Namun, setakat ini tidak dapat dipastikan apa tindakan yang bakal dikenakan ke atas premis tanpa sijil halal sekiranya mereka masih menggunakan istilah no pork, no lard dan Muslim Friendly tersebut.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

22 Aug 2025

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:51

mosque
imsak

Imsak

05:51:00

fajr

Fajr

06:01:00

syuruk

Syuruk

07:09:00

dhuhr

Dhuhr

13:19:00

asr

Asr

16:32:00

maghrib

Maghrib

19:24:00

isha

Isha

20:35:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase