Back To Halal News

Apr 27, 2026 9AM

Zakat MAINPP nafi terlibat isu penyelewengan dana zakat

Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP) menafikan sekeras-kerasnya sebarang penglibatan dengan isu penyelewengan dana zakat yang sedang tular dalam sebuah kenyataan, minggu lalu.

 

Institusi zakat itu berkata, ia memandang serius serta tidak berkompromi terhadap sebarang dakwaan dan penyebaran maklumat yang mengaitkan Zakat MAINPP atau wakil, ejen, rakan strategik mahupun penerima kuasa yang dilantik olehnya dalam apa jua kapasiti. 

 

“Sebarang cubaan mengaitkan Zakat MAINPP dengan pihak berkenaan adalah tidak berasas, mengelirukan serta berpotensi menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap institusi zakat.

 

“Zakat MAINPP tidak pernah melantik mana-mana ejen atau orang tengah bagi tujuan kutipan zakat. 

 

“Sebaliknya, Zakat MAINPP hanya melantik Wakil Kutipan yang sah dan diiktiraf mengikut dasar serta prosedur yang telah ditetapkan,” katanya.

 

Jelasnya, ia mempunyai dasar pelantikan Wakil Kutipan yang jelas bagi mewakili institusi tersebut dalam melaksanakan kutipan zakat, antaranya ialah entiti berkenaan mesti beroperasi di Pulau Pinang dan berdaftar dengan pihak berkuasa berkaitan.


Zakat MAINPP merupakan institusi rasmi kerajaan negeri Pulau Pinang yang bertanggungjawab menguruskan kutipan dan agihan zakat di negeri itu. (kredit foto: Zakat MAINPP)


Menurut Zakat MAINPP, setiap permohonan pelantikan melalui proses saringan dan penilaian yang teliti, melibatkan peringkat pengurusan sebelum dibentangkan kepada Lembaga Pengarah dan dikemukakan kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP) untuk kelulusan.

 

Kuasa pelantikan adalah tertakluk sepenuhnya di bawah MAINPP, dan berkuat kuasa selama dua tahun. 

 

Sepanjang tempoh tersebut, Wakil Kutipan wajib mengemukakan laporan prestasi secara berkala dan tertakluk kepada pemantauan berterusan, termasuk audit dalaman, untuk memastikan pematuhan garis panduan yang ditetapkan serta mengelakkan sebarang ketirisan.

 

“Zakat MAINPP juga berhak untuk menilai semula, menyambung atau menamatkan pelantikan mana-mana Wakil Kutipan berdasarkan prestasi dan tahap pematuhan. 

 

“Zakat MAINPP ingin menegaskan bahawa pengurusan zakat di negeri ini dilaksanakan di bawah tadbir urus yang ketat, merangkumi pemantauan dalaman, semakan berkala serta mekanisme audit berlapis bagi memastikan setiap dana diurus secara telus, berintegriti dan mematuhi kehendak Syariah.

 

“Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berurusan hanya dengan saluran rasmi Zakat MAINPP dan tidak terpedaya dengan mana-mana pihak yang mengaku mewakili institusi ini tanpa pengesahan,” katanya. 


Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

27 Apr 2026

Waktu solat berikutnya,

Isha

pada

20:31

mosque
imsak

Imsak

05:45:00

fajr

Fajr

05:55:00

syuruk

Syuruk

07:04:00

dhuhr

Dhuhr

13:14:00

asr

Asr

16:30:00

maghrib

Maghrib

19:20:00

isha

Isha

20:31:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase