Oct 30, 2024 11AM
Tiga Restoran Mesra Muslim Wajib Anda Kunjungi di Taiwan
1) Yuan Ting Seafood Restaurant (元町活海鮮), Su'ao, Yilan
Restoran makanan laut Yuan Ting merupakan pilihan yang baik untuk merasai kelazatan makanan laut Taiwan dalam suasana pelabuhan yang menyegarkan.
Datuk Bandar Yilan turut hadir menyantuni krew kempen Salam Taiwan di bulan Ogos 2024 memegang pensijilan halal untuk makanannya.
Terletak di Su'ao, sebuah kawasan pelabuhan terkenal di Yilan, Taiwan, Yuan Ting Seafood Restaurant (元町活海鮮) adalah destinasi makanan laut yang popular dalam kalangan pelancong dan penduduk tempatan.
Dikenali kerana hidangan segar yang terus dibawa dari laut, restoran ini menyajikan pelbagai pilihan makanan laut yang autentik, mempamerkan rasa asli dan kesegaran hidangan laut Su'ao.
Setiap hidangan dimasak dengan teliti bagi memastikan setiap pelanggan dapat menikmati keenakan makanan laut yang segar.
Bagi pelancong Muslim, meskipun Yuan Ting bukanlah restoran halal yang diiktiraf sepenuhnya, terdapat beberapa pilihan makanan laut dan sayuran yang mendapat pensijilan halal boleh dinikmati.
Pelancong Muslim disarankan untuk bertanya kepada kakitangan mengenai ramuan yang digunakan bagi memastikan kesesuaian hidangan
2) Fresh Cuisine Taiwan, Pilihan Mesra Muslim
Makanan laut di Fresh Cuisine segar dan enak, masih mengekalkan resipi identiti Taiwan
Walaupun Fresh Cuisine bukan restoran halal, terdapat beberapa pilihan makanan laut dan vegetarian yang boleh dinikmati oleh pelanggan Muslim. Pengunjung dinasihatkan untuk bertanya kepada kakitangan mengenai ramuan bagi memastikan kesesuaian dengan diet halal.
Fresh Cuisine juga terkenal dengan hidangan khas tempatan seperti tahu rebus pedas dan sayur-sayuran tumis dengan bawang putih, yang mencerminkan rasa masakan Taiwan yang kaya dengan rempah dan bumbu.
Menu di Fresh Cuisine sangat bervariasi, termasuklah pilihan makanan laut, daging, sayur-sayuran segar, serta pilihan vegetarian.
3) Chang Halal Beef Noodle, Taipei, Taiwan
Restoran ini berjaya menarik ramai pengunjung yang ingin menikmati kelazatan mi daging lembu Taiwan dengan tenang dan tanpa was-was
Restoran Chang Halal Beef Noodle di Taipei ialah destinasi wajib bagi penggemar mi dan masakan daging lembu halal. Dikenali sebagai salah satu restoran mi daging lembu pertama yang mendapat sijil halal di Taiwan, Chang Halal Beef Noodle memenuhi citarasa pelancong Muslim dan penduduk tempatan dengan hidangan mi daging lembu yang kaya dengan rempah dan rasa asli.
Hidangan utama di sini adalah mi daging lembu, yang dihidangkan bersama sup yang dimasak perlahan untuk mengeluarkan rasa tulang dan daging yang pekat.
Chang Halal Beef Noodle adalah pilihan yang ideal bagi pengunjung Muslim yang ingin merasai mi daging lembu autentik Taiwan dalam versi halal.
Setiap mangkuk mi dihidangkan dengan daging lembu yang lembut, mi buatan sendiri, dan sup yang kaya dengan herba tradisional Taiwan, menjadikan hidangan ini sangat beraroma dan memuaskan. Terdapat juga pilihan hidangan mi pedas untuk pelanggan yang menggemari rasa pedas dalam mi daging lembu mereka.
Sekiranya anda mencari destinasi yang mesra Muslim dengan pelbagai pilihan makanan halal, Taiwan adalah pilihan yang underdog tapi menarik untuk dicuba.
Kini dengan kempen "Salam Taiwan" yang sedang dijalankan, Taiwan kini lebih mudah diakses dan mesra kepada pelancong Muslim, merasai pengalaman makanan, pemandangan dan hospitaliti Taiwan!
Want to feature your press releases, exclusive interviews, or branded content on Kinihalal & Malaysiakini? Email us at [email protected]
Join our Halal community to stay updated with the latest news and events. Follow Kinihalal on: Facebook, LinkedIn, Instagram, and TikTok.
Waktu Solat
21 Nov 2024
Waktu solat berikutnya,
Asr
pada
16:24