Back To Halal News

May 28, 2026 3AM

Tisha’s Food rai Aidiladha bersama komuniti Masjid Bandar Seri Putra

Tisha’s Food Manufacturing Sdn. Bhd (Tisha’s Food) bersama beberapa jenama makanan dan minuman (F&B) halal lain bekerjasama menggembleng tenaga dalam Program Korban Kasih Aidiladha 2026 semalam di Masjid Bandar Seri Putra bagi memperkukuh ekosistem komuniti melalui kebersamaan, berkongsi rezeki dan ukhuwah.

 

Menurut Tisha’s Food, inisiatitf itu menghimpunkan sekitar 400 penduduk setempat dan 80 ahli jawatankuasa untuk melaksanakan aktiviti korban serta agihan makanan dalam suasana gotong-royong yang penuh kemeriahan.

 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) jenama itu, Shamsul Shah Sulaiman berkata, program itu mencerminkan kepentingan makanan sebagai medium yang menyatukan masyarakat tanpa mengambil kira perbezaan latar belakang.

 

“Sempena Aidiladha ini, kami berharap usaha ini dapat membawa kegembiraan serta mengeratkan silaturahim dalam komuniti,” katanya dalam sebuah kenyataan.

 

Pengunjung berpeluang menerima pelbagai produk dan hidangan tajaan daripada rakan jenama tempatan sepanjang program berlangsung. (kredit foto: Tisha’s Food)

 

Selaku rakan utama, Tisha’s Food menaja sarapan pagi dan makanan tengah hari sepanjang program berlangsung, di samping mendapat sokongan jenama tempatan lain seperti Faiza, Vida, Jobbie dan Kantin Lab.

 

Hidangan seperti paratha, donat, lempeng pisang, nasi briyani dan daging kuzi menjadi jamuan para sukarelawan sebagai simbol perkongsian rezeki, sekali gus menceriakan sambutan Aidiladha bagi komuniti setempat.

 

Pada masa sama, penglibatan pelbagai pemain industri halal dalam program itu menggariskan kekuatan kolaborasi dalam menyokong program komuniti untuk memberi impak langsung kepada masyarakat.

 

Kerjasama antara pihak masjid, komuniti dan rakan industri menjadi bukti kepentingan ekosistem halal yang saling menyokong untuk memperkasa aktiviti masyarakat berteraskan nilai Islam dan kebajikan sosial.

 

Program Korban Kasih Aidiladha 1447H/2026 menghimpunkan pihak masjid, rakan penaja dan komuniti dalam semangat kebersamaan. (kredit foto: Tisha’s Food)

 

Tisha’s Food berharap program itu menjadi pemangkin kepada lebih banyak kerjasama antara industri halal dan komuniti setempat dalam memperkukuh kebersamaan dan memupuk budaya saling membantu.

 

Melalui sokongan pelbagai pihak, inisiatif seperti itu bukan sahaja menyemarakkan sambutan Aidiladha, namun memperlihat bagaimana jenama tempatan mampu memainkan peranan bermakna dalam memberi impak positif kepada masyarakat.

 

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
lantern

28 May 2026

Waktu solat berikutnya,

Asr

pada

16:23

lantern
Imsak

Imsak

05:54:00

Fajr

Fajr

06:04:00

Syuruk

Syuruk

07:11:00

Dhuhr

Dhuhr

13:19:00

Asr

Asr

16:23:00

Maghrib

Maghrib

19:23:00

Isha

Isha

20:32:00

quran

Channel Partners