Sultan Nazrin Shah rasmi pembukaan kampus baru INCEIF
Sultan Nazrin Shah rasmi pembukaan kampus baru INCEIF
Published: Oct 28, 2022 1:23 AM
Updated: 1:24 AM

Kuala Lumpur, 27 Oktober 2022 - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini merasmikan pelancaran kampus baru INCEIF University di Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur. Ketibaan Sultan Nazrin pada 2 petang telah disambut oleh Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus (yang merupakan Gabenor Bank Negara Malaysia) dan Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, iaitu Canselor dan Pro-Canselor yang baru sahaja dilantik INCEIF University, bersama Tan Sri Azman Mokhtar, Pengerusi Lembaga Pengarah, INCEIF University dan Prof. Dato’ Dr Azmi Omar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INCEIF University.

Kampus baru INCEIF University yang terletak di Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur ini merangkumi keluasan ruang sebesar 130,000 kaki persegi di atas tanah seluas 1.32 hektar, dikelilingi oleh persekitaran hijau di tengah-tengah ibu kota. Bangunan tersebut menempatkan antaranya auditorium, kelas-kelas, bilik-bilik seminar, makmal-makmal komputer, ruang-ruang rehat, Pusat Pengurusan Ilmu dan dewan bankuet. Lokasi strategik ini berdekatan dengan pusat kewangan utama di Kuala Lumpur, sejajar dengan visi Bank Negara Malaysia untuk membangunkan kawasan ini sebagai pusat pembelajaran dan sosial bertaraf dunia terutamanya di dalam bidang bisnes dan perbankan.

Sultan Nazrin Shah, yang juga merupakan Penaung Diraja bagi Inisiatif Kewangan Islam Malaysia dan juga penerima Ijazah Doktor Kehormat dalam Kewangan Islam daripada INCEIF pada 2019 sebagai pengiktirafan bagi sumbangan baginda terhadap pertumbuhan dan perkembangan kewangan Islam dalam bidang kewangan domestik dan global, telah sudi menyampaikan titah Diraja justeru melancarkan kampus baru INCEIF University.

Acara penuh bermakna ini turut menyaksikan Sultan Nazrin Shah, diiringi Tan Sri Nor Shamsiah dan Tan Sri Azman Mokhtar sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah INCEIF University, menandatangani plak komemoratif sebagai mengingati detik bersejarah ini. Sultan Nazrin Shah turut dibawa menghadiri pameran justeru menyusuri perkembangan awal, sejarah, kejayaan dan segala pencapaian hebat yang telah dikecapi oleh INCEIF University sejak ia ditubuhkan yang mengukir namanya sebagai sebagai perintis Maqasid Al Shariah dan kini juga dikenali sebagai pusat kecemerlangan bagi industri kewangan sosial.

Tan Sri Azman Mokhtar di dalam ucapannya menjelaskan, “Dunia yang lebih global dan menjurus ke arah digital hari ini memerlukan profesional kewangan Islam yang sentiasa meningkatkan kemahiran diri mereka bagi mendorong dan mengembangkan sempadan pengetahuan dan amalan kewangan Islam. Hanya dengan bakat dan nilai-nilai yang betul industri kewangan Islam boleh mencipta kesan yang berkekalan dan bermakna kepada masyarakat dan ekonomi. Sebagai universiti pascasiswazah tunggal yang berfokuskan kewangan Islam di dunia, INCEIF University amat komited untuk membangunkan bakat dan kepakaran global bertaraf dunia untuk mengisi keperluan yang ada bagi membantu industri ini merealisasikan aspirasi kewangan Islam.

Kami berterima kasih kepada Bank Negara Malaysia, yang berpandangan jauh dalam merealisasikan penubuhan pusat khusus yang menyediakan pendidikan dan latihan dalam kewangan Islam. Sepanjang penubuhannya selama 16 tahun, pusat ini telah berkembang menjadi universiti sepenuhnya. Pada masa ini, INCEIF University disenaraikan antara 5 peratus sekolah perniagaan terbaik di dunia seperti yang telah diiktiraf oleh Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB).

INCEIF kekal teguh dalam usahanya untuk menjadi peneraju ilmu serta pemikiran dalam kewangan Islam, berkat kerjasama di antara pembuat dasar, ulama Syariah, pakar industri dan ahli akademik. Terima kasih yang tulus kepada rakan kongsi kami dari sektor awam dan swasta atas sokongan berterusan dan kemurahan hati mereka kerana berkongsi kepakaran, menyampaikan pengetahuan, menerima pelajar kami untuk penempatan pekerjaan dan juga sumbangan berharga mereka kepada dana biasiswa kami.”

INCEIF University telah ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2005 dan diberi mandat untuk membangun dan memupuk bakat serta pakar dalam industri perkhidmatan kewangan Islam. Dikenali sebagai satu-satunya universiti di dunia yang berfokuskan kewangan Islam, ia bertujuan untuk menjadi peneraju pengetahuan dalam kewangan Islam menerusi penyediaan khidmat seperti pengajaran, penyelidikan dan kepimpinan pemikiran yang cemerlang bagi merapatkan jurang di antara bidang akademik dan industri. Sejak menerima pendaftaran pelajar-pelajar pertamanya pada Jun 2006, INCEIF semakin berkembang dan kini telah menjadi sebuah institusi pengajian tinggi yang ulung. 

Pada awalnya, INCEIF hanya menawarkan satu program kelayakan profesional di atas talian, sekarang universiti ini kian maju dan boleh menawarkan 3 program PhD, 5 program Sarjana, 2 program profesional serta penyelidikan berasaskan industri, diikuti oleh penawaran khidmat perundingan dan nasihat berdasarkan industri. Setakat ini, INCEIF mempunyai 2,661 ahli alumni dari lebih 83 negara di seluruh dunia. Di antara mereka, terdapat graduan yang telah memberi sumbangan penting kepada kemajuan kewangan Islam di setiap peringkat termasuk dari segi pembangunan produk, perancangan dan pelaksanaan dasar, pengawalseliaan dan penguatkuasaan, dan inovasi. Inisiatif pemindahan INCEIF University ke kampus baru yang lebih besar adalah selaras dengan pelan strategik jangka panjangnya untuk memenuhi keperluan komunitinya yang semakin meningkat serta mengekalkan visinya untuk menjadi peneraju ilmu dan pemikiran di dalam kewangan Islam. INCEIF juga memahami bahawa universiti bukan sahaja tempat untuk mengejar pengetahuan dan kemahiran; tetapi ia juga merupakan tempat di mana peribadi graduannya boleh dibentuk untuk kejayaan di masa hadapan.

Kandungan ini disediakan oleh INCEIF.


Sebarang pertanyaan kerjasama untuk artikel/video/bual bicara, sila hubungi [email protected] atau WhatsApp di talian +60162716516 (Aisha) atau +60176190307 (Syahirah).

Kongsi Article Ini
Produced by
Channel Partner
Media Partner For
Social Media
2022 © All Right Reserved