UPM raih tempat ke-2 peraduan memasak Halal Taiwan
UPM raih tempat ke-2 peraduan memasak Halal Taiwan
Published: Aug 29, 2023 8:50 AM
Updated: Aug 31, 2023 2:19 AM

Edisi Kedua Peraduan Memasak Halal Taiwan anjuran Pusat Halal Taiwan (THC)  baru-baru ini telah menyaksikan kedua-dua pasukan dari Jabatan Pengurusan & Khidmat Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) digelar Juara dan Naib Juara dalam program kulinari tersebut.

Kumpulan Taste Titans memenangi tempat pertama dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 serta topi chef penganjur dan produk Taiwan manakala kumpulan Dodelicious menduduki tangga kedua dengan hasil kemenangan sebanyak RM700 serta produk Taiwan. Tempat ketiga & keempat dimiliki pasukan dari Fakulti Hospitaliti, Pelancongan & Kesejahteraan Komuniti, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Kumpulan Taste Titans dari UPM muncul juara dalam edisi kedua Peraduan Memasak Halal Taiwan anjuran TAITRA sempena Ekspo Taiwan 2023

Kumpulan Taste Titans dari UPM muncul juara dalam edisi kedua Peraduan Memasak Halal Taiwan anjuran TAITRA sempena Ekspo Taiwan 2023

Kumpulan Taste Titans dari UPM muncul juara dalam edisi kedua Peraduan Memasak Halal Taiwan anjuran TAITRA sempena Ekspo Taiwan 2023

Kumpulan Taste Titans dari UPM muncul juara dalam edisi kedua Peraduan Memasak Halal Taiwan anjuran TAITRA sempena Ekspo Taiwan 2023

Muhammad Haikal Hazim bin Mohd Lazim dan Nur Farhani binti Fadrul Hisham dari Taste Titans berjaya memenangi hati para juri dengan kemahiran memasak fusi kreatif mereka. Mengikut kedua-duanya, bahan-bahan halal dari Taiwan amat lazat dan bermutu tinggi dan tidak memerlukan penambahan lebih banyak perasa. 

Barisan juri chef selebriti yang terdiri daripada Chef Johari Edrus (Chef Jo) dan Chef Riz Reds amat kagum dengan tahap inovasi yang dipamerkan oleh semua pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini kerana ianya bukan saja menjadi inspirasi kepada komuniti pelajar tetapi juga memberi peluang bagi pertukaran budaya yang berterusan.

Turut hadir sebagai penyampai hadiah kepada para pemenang adalah Peggy Lin, Timbalan Pengarah Eksekutif Jabatan Pemasaran Strategik TAITRA.

Menurut Lin, pertandingan ini hanya memberi tumpuan kepada penggunaan daging tumbuhan halal pada tahun lepas tetapi pada tahun ini, para peserta boleh memilih lebih daripada 25 bahan halal dari 10 syarikat Taiwan iaitu YENS, Huikun, No Meating, King Kung, Dong Yuan, K.K. Orchard, Pao Chung, Dudujia Honey, S&G dan Jofont.

"Malaysia adalah pasaran eksport terbesar produk-produk halal Taiwan dan ini menunjukkan produk halal kami berkualiti tinggi, diikhtiraf dan diterima oleh rakyat Malaysia," kata Lin. 

Bagi mengalakkan usaha promosi produk halal Taiwan, beliau berkata sebanyak 1,000 syarikat Taiwan dalam industri halal telah memperoleh sijil halal dengan 80 peratus daripadanya diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

"Antara makanan halal Taiwan utama yang telah diimport termasuk minuman berbuih, biskut tawar, mi segera, makanan dalam tin dan rempah-ratus. Yang terdapat di pavilion kami ialah madu asli, ekstrak ikan, teh labu air dan minyak cili," tambahnya lagi ketika ditemubual di Ekspo Taiwan 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Menurut beliau lagi, antara inisiatif lain yang pihaknya telah teraju termasuk menjalin kerjasama rapat dengan Perbadanan Pembangunan Industri Halal Berhad (HDC) dan penganjuran Forum Halal Malaysia & Taiwan di Taiwan pada bulan Julai yang lepas dengan menjemput pakar HDC untuk menjelaskan mengenai pasaran Muslim, peraturan serta proses permohonan mendapatkan sijil halal.

"Pihak kami amat kagum dan mendapati bahawa pensijilan halal Malaysia dibangunkan dan ditadbir urus dengan amat baik sekali," kata beliau lagi.

Kongsi Article Ini
Produced by
Channel Partner
Media Partner For
Social Media
2022 © All Right Reserved