Platform digital baharu dibangunkan HDC bakal bantu proses permohonan pensijilan halal
Platform digital baharu dibangunkan HDC bakal bantu proses permohonan pensijilan halal
Published: Oct 16, 2023 6:20 AM
Updated: 6:27 AM

Halal Development Corporation Berhad (HDC) ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana memberi perhatian khusus terhadap proses pensijilan halal dalam pembentangan Bajet 2024  pada hari ini.  

HDC akan bekerjasama dan mengadakan sinergi dengan JAKIM dan agensi-agensi berkaitan untuk mempercepatkan dan mempermudahkan proses permohonan pensijilan halal bagi meningkatkan nilai dagangan eksport produk-produk halal Malaysia ke pasaran global, serta menambah bilangan jumlah syarikat pengeksport yang memiliki sijil halal. 

HDC juga akan membina platform digital baharu yang akan mengintegrasi aplikasi dan sistem sedia ada bagi membantu proses bermula daripada pra-pensijilan hingga kepada kelulusan dan pasca-pensijilan. 

HDC yakin tempoh kelulusan yang dipendekkan kepada 30 hari seperti yang disarankan oleh YAB Perdana Menteri akan dapat dilaksanakan. 

Khairul Azwan Harun
Pengerusi
Halal Development Corporation Berhad

Kongsi Article Ini
Produced by
Channel Partner
Media Partner For
Social Media
2022 © All Right Reserved