Dakwaan palsu Starbucks 'tidak halal' di Malaysia
Dakwaan palsu Starbucks 'tidak halal' di Malaysia
Published: Feb 01, 2023 3:38 AM
Updated: 3:57 AM

Hantaran Facebook yang pernah diedar beberapa tahun yang lalu telah dikongsi semula oleh seorang pengguna media sosial tersebut dengan mendakwa seorang pendakwah Islam Malaysia telah mengatakan bahawa bahan-bahan yang digunakan oleh Starbucks adalah haram seperti babi.

Dakwaan palsu itu dihantar pada tahun 2007 dan dikongsi semula pada 31 December 2022 dengan kepilan gambar Ustaz Zahazan Mohamed sebagai jaminan bahawa kenyataan tersebut adalah dari Ustaz Zahazan sendiri.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan bahawa Starbucks Malaysia sama sekali tidak menjual produk yang mengandungi unsur babi dan merupakan pemegang sijil halal rasmi. Jurucakap Starbucks Malaysia juga memberitahu bahawa produk yang digunakan oleh Starbucks Malaysia adalah produk yang disemak oleh JAKIM.

Ustaz Zahazan Mohamed, juga mengesahkan bahawa dakwaan palsu tersebut bukanlah dari kenyataan beliau dan meminta pengguna media sosial yang lain berhenti berkongsi hantaran tersebut.

Hantaran tersebut dikongsi smeula oleh salah seorang pengguna media sosial dengan kapsyen “Share2.. Ramai sgt yang terjebak dengan tempat ni.. Asal ada tempat viral je serbu.. halal haram tolak dh tepi..”.

Starbucks Malaysia memperoleh sijil halal rasmi daripada JAKIM dan sangat menitikberatkan kualiti produknya.

Berikut merupakan bukti bahawa Starbucks Malaysia mempunyai sijil halal rasmi dari JAKIM:

Kenyataan dan dakwaan palsu seperti ini bukanlah perkara yang baru, jenama seperti Coca-Cola, Cadbury dan Ajinomoto juga pernha menjadi mangsa dakwaan palsu seperti ini sehingga mengganggu operasi perniagaan mereka.

Pembaca dan pengguna media sosial perlu lebih peka, berhati-hati dan bertanggungjawab dalam berkongsi sebarang hantaran. Dapatkan pengesahan dahulu sebelum berkongsi dengan pihak lain supaya tiada sebarang salah faham atau ketidakadilan berlaku.

Sumber: Yahoo News!

Kongsi Article Ini
Produced by
Channel Partner
Media Partner For
Social Media
2022 © All Right Reserved