Kat mana nak beli ubat gigi Zaitun?
Kat mana nak beli ubat gigi Zaitun?
Published: Jan 11, 2024 6:54 AM
Updated: 7:00 AM

Zaitun Beauty yang kini dipimpin generasi pewaris Pengasas Dato' Seri Mohd Kamal, mahu pasaran di seluruh Malaysia lebih menyeluruh dan mencapai pembeli di semua pelosok Malaysia. 

Ini ditekankan oleh Nizam Teh, Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun Beauty yang memberi respon akan akses pasaran yang belum meliputi secara menyeluruh termasuk Sabah dan Sarawak

Saya rasa terkilan apabila pelanggan mahu membeli ubat gigi halal  Zaitun di pasaraya besar dan kedai-kedai  berhampiran namun tidak dapat, kerana belum memasuki pasaran peruncitan di kedai-kedai tersebut, kata Nizam ketika ditemubual oleh Kinihalal. 

Kami menerima respon dari netizen dan pelanggan di ruang komen di media sosial setiap hari yang berkeinginan membeli ubat gigi itu, tetapi belum dijual. 

Ada juga yang meletakkan komentar, memberi cadangan kedai atau pasaraya yang boleh dijual menyenangkan pelanggan. 

Komentar-komentar dari netizen yang mahu produk Halal segera dan senang didapati

Menurut Nizam, pihaknya ketika ini sedang bertungkus lumus untuk berjumpa dengan pembekal, pengedar peruncitan dan beberapa gedung pasaraya besar agar stok ubat gigi Zaitun senang didapati terutama di toko-toko utama di bandar.

CEO Zaitun Nizam Teh, tidak berputus asa ingin rakyat Malaysia menggunakan produk ubat gigi Halal

Ketika ini, ubat gigi Zaitun yang dikenali Gunakan Tanpa Was Was ini sudah berada di Hero Market, Segi Fresh, Sunshine, ZeMart, NSK Grocer, NSK Trade Market, Sabasun Hypermarket dan banyak lagi.

Ubat gigi Zaitun boleh didapati di pasaraya dan kedai ini.
Ubat gigi Zaitun boleh di dapat di Hero Market
Zaitun juga berada di Pasaraya Big

Tambah Nizam lagi, mereka tidak menafikan yang ada juga pihak yang tidak berkeyakinan dengan produk lokal legasi turun temurun ini dan pernah ditolak permohonan memasuki pasaran. 

Namun, ini tidak mematahkan semangat Nizam, dan pihaknya bersedia untuk berbincang dengan mana-mana pihak yang berminat untuk mengembangkan edaran produk Zaitun.

Nizam memberitahu, pihaknya juga menyimpan hasrat besar untuk memasarkan produk Zaitun di pasaran global terutama di Singapura, Indonesia dan Brunei dan mencari peluang keemasan itu tahun ini. 

Ketika ini, jualan ubat gigi Zaitun banyak terjual melalui platform dalam talian seperti Tik Tok Shop dan juga Shopee.

Untuk pembelian atas talian : 

www.tiktok.com/zaitun.official

https://shopee.com.my/zaitunbeautyofficial

Kongsi Article Ini
Produced by
Channel Partner
Media Partner For
Social Media
2022 © All Right Reserved