• Salon International de l'alimentation Network, atau lebih dikenali melalui akronim bahasa Perancis SIAL (disebut sebagai sai-uhl) Network, merupakan jenama utama di bawah penganjur acara terkemuka global, Comexposium.
• Pameran Food & Drinks Malaysia (FDM) oleh SIAL menampilkan 450 jenama tempatan dan antarabangsa, 10,000 pelawat perdagangan dari 22 negara selama tiga hari di MITEC, Kuala Lumpur.
• Laporan Kertas Putih KANTAR SEA Insights FOOD 360 2022 menyediakan analitik yang bernilai terutamanya Malaysia dan Indonesia yang berkenaan dengan trend F&B.
Pameran Food & Drinks Malaysia (FDM) oleh SIAL pertama yang dinanti-nantikan, iaitu pameran perdagangan utama untuk industri makanan dan minuman, telah dirasmikan dengan jayanya hari ini di MITEC (Pusat Perdagangan & Pameran Antarabangsa Malaysia). Majlis pelancaran rasmi telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan, YB Tuan Chan Foong Hin.
Pameran perdagangan sepanjang tiga hari ini menampilkan 450 jenama tempatan dan antarabangsa daripada 22 buah negara. Pameran in bertujuan untuk menerokai peluang dalam sektor makanan dan minuman, makanan laut dan perikanan, teknologi makanan dengan ciri khas dalam protein alternatif serta rempah ratus dan perasa, dan juga makanan halal. FDM oleh SIAL juga menyediakan platform untuk para pelawat mengambil bahagian dalam inovasi dan trend makanan terkini, dan juga mendapatkan pandangan tentang rantaian nilai halal dan segmen yang berkaitan.
Elaine Chia, Ketua Pegawai Eksekutif Comexposium Asia Pasifik, memperkenalkan penampilan sulung SIAL Network di Malaysia dengan bangganya, yang turut memeriahkan sektor perdagangan makanan yang rancak di negara ini dan di peringkat serantau.
"Dengan kedudukan ekonomi yang kukuh di Malaysia dan terkenal dengan budava masakan yang kepelbagaian, edisi pertama Food & Drinks Malaysia (FDM) kami mengalu-alukan 450 jenama tempatan dan antarabangsa seta 10,000 pengunjung perdagangan dari 22 negara selama tiga hari, mempamerkan hasil yang terbaik dalam industri serta memupuk hubungan perniagaan yang berharga," katanya.
Salon International de l'alimentation Network, atau lebih dikenali dengan singkatan Perancisnva SIAL (disebut sebagai sai-uhl) Network, merupakan jenama utama di bawah Comexposium. Dengan ibu pejabatnya yang berpangkalan di Perancis, Comexposium adalah salah satu penganjur acara terkemuka di seluruh dunia dan beroperasi di 30 buah negara, memliki 67 jenama pameran, dan merupakan tuan rumah kepada lebin 3.5 juta pelawat dan 48,000 peserta pameran setiap tahun.
SIAL Network ialah pameran perdagangan yang diktiraf di peringkat global yang mengkhusus dalam trend dan inovasi tentang makanan. Ditubuhkan di Perancis pada tahun 1964, SIAL Network telah mengukir namanya sendiri sebagai 'Pasaran Makanan Global' - berfungsi sebagai platform untuk menghubungkan dan memudahkan perniagaan dalam komuniti makanan antarabangsa.
Nicolas Trentesaux, Ketua Pegawai Eksekutif SIAL Network, menekankan bahawa peranan SIAL sebagai randkaian antarabangsa dan hab perniagaan untuk pemain perdagangan F&B, menawarkan pandangan industri yang berharga, dan memupuk hubungan yang signifikan dan bermakna dalam komunitinya.
"Melalui rangkaian pameran perdagangan kami, kami amat memahami dinamik pasaran makanan global dan risikan pasaran. Kami sangat mahir dalam mengesan trend dan membincangkan topik yang membentuk industri makanan. Untuk Food & Drinks Malaysia, kami telah bekeriasama dengan Kantar Malaysia untuk meneliti lebih lanjut trend trend industri makanan di Malaysia dan rantau Asia Tenggara melalui data Food 360 2022."
Sempena majlis pelancaran, Trentesaux berkongsi perkara-perkara utama yang diperoleh daripada Laporan Kertas Putih KANTAR SEA Insights FOOD 360 2022. Kajian tersebut dijalankan merentasi 11 negara dengan tumpuan pada Asia Tenggara, China dan India, menyediakan analitik berharga terutamanya Malaysia dan Indonesia, memberi penerangan tentang trend makanan yang jelas kelihatan
Laporan tersebut mendedahkan pandangan yang menarik termasuk:
• Peningkatan daripada 69% kepada 71% dalam persepsi pengguna terhadap produk makanan sebagai satu bentuk kemewahan sederhana atau kenikmatan;
• Peningkatan ketara daripada 83% kepada 92% dalam permintaan bagi makanan organik di Malaysia dan Indonesia, berbanding negara lain di dunia sejak 2020;
• Kesediaan pengguna di Malaysia dan Indonesia untuk membayar lebih untuk pilihan makanan yang lebih sihat; dan
• Keinginan penggemar makanan untuk mengurangkan penggunaan plastik dan pencemaran alam sekitar.
Pameran itu turut menampilkan pelbagai aktiviti penting, termasuk -
• Persidangan Makanan selama dua hari bertemakan 'The Next Frontier', di mana delegasi industri dan pihak berkepentingan berkumpul membincangkan tentang teknologi protein sebagai sumber baharu penyelesaian makanan yang mampan;
• Pavilion Makanan & Pertanian Masa Dean oleh Impact Circle yang mempamerkan usahawan pemula tempatan dan luar negara yang menjalankan demonstrasi teknologi makanan dan membuat pembentangan kepada bakal pelabur; dan
• Forum Halal Serantau yang menghimpunkan wakil dari Australia, Indonesia, Jepun, Thailand, dan Malaysia untuk berkongsi pandangan tentang perundangan halal, proses pensifilan dan peta transformasi halal setiap negara.
Para pengunjung juga dapat menyaksikan demonstrasi memasak makanan asli Sarawak oleh Puan Jasbir Kaur, yang merupakan Naib Johan MasterChef Asia 2015.
Pameran FDM oleh SIAL pertama tahun 2023 disokong ole Biro Konvensen & Pameran Malaysia (MyCEB), dengan Sin Chew Daily dan World of Buzz sebagai Rakan Media Rasmi, dan AirAsia Ride sebagai Rakan Kongsi E-Hailing Rasmi.
Kejayaan pelancaran Pameran FDM oleh SIAL 2023 memberikan persediaan untuk perancangan pameran edisi kedua pada tahun 2024. Inovator, pengilang, peniaga dan pemain industri F&B yang berminat untuk menyertai dalam pameran in atau peluang untuk kolaborasi bole menghubungi Comexposium di [email protected].