Oldtown White Coffee raih Anugerah Francais Terbaik
Oldtown White Coffee raih Anugerah Francais Terbaik
Published: Oct 06, 2023 6:43 AM
Updated: 6:43 AM

Kuala Lumpur, 5 Oktober 2023 - Kopitiam Asia Pacific Sdn Bhd (Oldtown White Coffee) meraih Anugerah Francais Terbaik pada Anugerah Francais Malaysia 2023 anjuran Persatuan Francais Malaysia (MFA) dengan sokongan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta lebih 20 badan berkepentingan lain termasuk agensi kerajaan, institusi kewangan, dan Institusi Pendidikan Tinggi.

Oldtown White Coffee juga turut memenangi beberapa kategori lain termasuk Anugerah Sistem Francis Antarabangsa Terbaik dan Anugerah ESG - Tadbir Urus Francais Terbaik

Meraikan keemerlangan merentasi pelbagai sektor francais, Anugerah Francais Malaysia ini telah mengiktiraf dan member penghormatan kepada 15 pemenang dalam Kategori Sistem Francis, Kategori Francaisor, Kategori Francaisi, Kategori Terbuka dan Kategori Media.

Senarai Pemenang Anugerah Francais Malaysia 2023

Majlis ini juga turut menyaksikan penyampaian penghargaan Anugerah Khas Ali Setia kepada beberapa syarikat francais yang telah menjadi ahli MFA sejak 26 hingga 29 tahun lalu iaitu Wah Chan Consolidate Sdn Bh (Wah Chan), Roaster Asia Pacific (M) Sdn Bh (Kenny Rogers Roasters), Food Discoveries (M) Sdn Bh (Dave's Deli), Q-Dees Worldwide Edusystem (M) Sdn Bhd (Q-Dees Worldwide Edusvstem) dan The Wet World Sdn Bhd (Wet World).

Menurut YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, penganjuran Anugerah Francas Malaysia dilihat sebagai langkah tepat untuk member galakan kepada lebih ramai usahawan menceburi perniagaan francais sama da mentrasformasikan perniagaan mereka kepada francais sebagai francaisor atau menjalankan perniagaan francais sedia ada sebagai francaisi.

"Saya percaya Anugerah Francis Malaysia in dapat memotivasikan para penggiat francais untuk berusaha dengan lebih gigih bagi mencapai kecemerlangan agar setanding dengan jenama-jenama gah antarabangsa.

"Melalui usaha ini, a juga berupaya mewujudkan ekosistem perniagaan francais yang kukuh dan mampan, melahirkan usahawan francais yang berdaya saing, kalis cabaran masa hadapan serta mampu berdiri teguh di peringkat global," tambahnya.

Mengulas mengenai anugerah ini, Pengerusi MA, Datuk Dr. Radzali Hassan berkata, Penganiuran Anugerah Francas Malaysia kali ke-25 ini merupakan manifestasi penghargaan kepada penggiat industri tempatan yang berusaha mengekalkan prestasi cemerlang bagi memastikan mereka standing dengan jenama global. Bermula dengan hanya lima kategori yang disenaraikan pada awal penganjurannya, Anugerah Francais Malaysia kini telah memberi pengiktirafan kepada lebih 100 syarikat dan individu.

"Anugerah in membuktikan bahawa perjuangan syarikat francais tempatan dalam memperkasakan ekonomi adalah sangat signifikan dan penting bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negara lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang mencabar ini.

Semua para pemenang yang akan diktiraf pada malam ini adalah conto terbaik bahawa usaha gigih, pengetahuan, dan komitmen bole membawa kepada kejayaan yang gemilang," beliau berkata sewaktu berucap pada Malam Angerah Francais 2023 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Trofi dan sijil Anugerah telah disampaikan ole Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Majlis ini menerima tajaan daripada pelbagai pihak termasuk Kopitiam Asia Pacific Sdn Bh (Oldtown White Coffee), Marrybrown Sdn Bh (Marrybrown), City Coin Laundry Sdn Bhd (Laundrybar) dan Ayam Penyet Bagus Sdn Bh (Ayam Penyet Best).

Kongsi Article Ini
Produced by
Channel Partner
Media Partner For
Social Media
2022 © All Right Reserved