Proses Sijil Halal Akan Dipendekkan 23 Hari Sahaja
Proses Sijil Halal Akan Dipendekkan 23 Hari Sahaja
Published: Oct 04, 2023 8:32 AM
Updated: 8:37 AM

Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia membuat keputusan untuk mempermudahkan proses permohonan dan pembaharuan dengan memendekkan proses pada 23 hari bekerja.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan tersebut susulan dari aduan yang sering diterima mengatakan kelulusan dan pengeluaran sijil halal dibuat dalam tempoh yang terlalu panjang sehingga menjejaskan operasi perniagaan.

“Beberapa pengadu mengatakan bahawa pengeluaran sijil halal memakan masa hampir sembilan bulan daripada tarikh permohonan dibuat sehingga mengakibatkan kelewatan dalam pengedaran produk halal untuk pasaran domestik dan luar negara”

“Hari ini, majlis membuat keputusan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Halal Development Corporation Bhd (HDC) bekerjasama secara intim bagi memendekkan tempoh permohonan itu kepada 23 hari bekerja sahaja,” katanya sewaktu sidang media selepas mempengerusi mesyuarat Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia semalam.

Tambah beliau, sebagai permulaan kepada tindakan tersebut, HDC serta beberapa pihak akan melaksanakan proses permohonan bahari sijil halal melalui ‘proof of concept’ (POC) yang membabitkan lima premis perhotelan sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Bengkel juga akan dianjurkan bagi memberi penerangan tentang prosedur permohonan baharu ini pada 9 Oktober di Universiti Malaya (UM).”

Beliau turut menjemput semua pihak untuk menyertai bengkel tersebut untuk memperoleh pelbagai input dari bantuan berkenaan permohonan sijil halal.

Ahmad Zahid juga berkata, mesyuarat bersetuju untuk memperkasakan diplomasi halal dengan kerjasama Kementerian Luar serta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bagi promosi produk halal tempatan ke luar negara.

“Dengan kerjasama yang diberi oleh Kementerian Luar dan MITI, kita perlu ambik peluang ini dan keluar dari kepompong pasaran domestik”

Tambahnya, dalam setiap lawatan rasmi atau kerja, menteri serta Perdana Menteri akan terbabit dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan halal di Malaysia.

Kongsi Article Ini
Produced by
Channel Partner
Media Partner For
Social Media
2022 © All Right Reserved