Asnaf disaran kemaskini maklumat penyambungan sewa rumah
Asnaf disaran kemaskini maklumat penyambungan sewa rumah
Published: Oct 20, 2023 7:35 AM
Updated: 7:35 AM

SHAH ALAM, 20 Oktober 2023 – Penerima bantuan sewa rumah Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang menerima sistem pesanan ringkas (SMS) dari LZS disarankan untuk segera mengemas kini maklumat penyewaan secara dalam talian, bagi membolehkan penyambungan bantuan tersebut pada tahun 2024 sebelum tarikh 18 November ini.

Penyambungan bantuan sewa rumah itu melibatkan lebih 17 ribu asnaf fakir, miskin dan mualaf berdaftar dengan LZS di Selangor.

Asnaf yang terlibat akan menerima satu pautan melalui SMS dan perlu mengikuti langkah-langkah yang dinyatakan bagi mengemas kini maklumat pemilik rumah sewa, kadar sewaan semasa dan kaedah pembayaran sewaan.

Sebagai panduan, asnaf boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di portal rasmi melalui pautan https://sewa2024.carrd.co/ bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan, boleh menghubungi Talian Zakat Selangor 1300-88-4343, atau mengunjungi mana-mana cawangan LZS berhampiran atau mengemukakan maklum balas di portal rasmi LZS di [email protected]

Kongsi Article Ini
Produced by
Channel Partner
Media Partner For
Social Media
2022 © All Right Reserved