Kuala Lumpur- Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan, dan bersedekah pada bulan ini adalah salah satu cara terbaik untuk membantu masyarakat yang memerlukan dan kurang bernasib baik. Sedekah boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti makanan, barangan keperluan asas, pakaian, ubat-ubatan dan lain-lain. Bagi meneruskan tradisi ini, Sunrider International (Malaysia) Sdn Bhd baru-baru ini telah menganjurkan program khas sempena bulan Ramadan dengan mengadakan pengagihan Bubur Lambuk secara pandu lalu di ibu pejabatnya di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 7 April 2023, Jumaat lepas.
Program tersebut dilihat sebagai salah satu usaha untuk berbakti semula kepada komuniti sekaligus menghayati semangat memberi dan berkongsi sempena Ramadan.
James Yeoh, Pengurus Sunrider Malaysia berkata bahawa program tersebut dianjurkan bertujuan untuk memberi impak positif kepada komuniti tempatan, “Agihan Bubur Lambuk ini adalah salah satu cara untuk kami berbakti semula kepada masyarakat pada bulan Ramadan ini sekaligus meraikan semangat memberi dan berkongsi”.
Sebanyak 500 Bubur Lambuk diberikan kepada mereka yang singgah di pejabat Sunrider Malaysia secara pandu lalu. Selain itu, beberapa ratus lagi diberikan kepada rumah anak yatim di Taman Melati pada jam 5 petang kemudiannya. “Kami mengadakan satu lagi sesi agihan di Ipoh di mana kami juga mengagihkan sekitar 1000 Bubur Lambuk pada 9 hingga 11 April dan 500 lagi di Hulu Langat pada 11 April juga”, kongsi James.
Tambahan pula, usaha ini juga menggalakkan kehidupan sihat selari dengan produk-produk dari Sunrider yang membantu dalam mengekalkan rutin pemakanan sihat yang halal dan selamat.
Bubur Lambuk yang diagihkan dimasak khas oleh Chef Selebriti Malaysia yang terkenal iaitu Chef Liza Zainol dengan beberapa ramuan rahsia dan sihat.
“Saya memasak dua periuk besar Bubur Lambuk istimewa yang ramuannya terdiri daripada beberapa bahan yang sihat seperti Calli Cinnamon Sunrider. Saya membuat kajian sebelum memasak untuk memastikan saya menghidangkan juadah yang baik untuk sistem penghadaman yang mengandungi vitamin, protein dan nutrien lain”, said Chef Liza.
Sunrider International ialah syarikat kesihatan dan kesejahteraan global yang diasaskan 40 tahun yang lalu oleh Dr. Tei Fu dan Oi-Lin Chen. Mereka berhasrat untuk memberi kepakaran saintifik dan semangat keusahawanan dengan memulakan sebuah syarikat yang mampu mengubah kehidupan di seluruh dunia. Sunrider ditubuhkan di Utah dan kini beroperasi di 50 negara. Jenama tersebut terkenal dengan pembuatan produk kesihatan dan juga produk lain yang berkaitan dengan makanan, kecantikan dan barangan keperluan rumah. Mereka juga menerima sijil halal daripada IFANCA (Islamic Food and Nutrition Council of America) yang menjaminkan bahawa produk mereka adalah 100% halal.
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sunrider? Tekan di sini.