Sep 03, 2024 11AM
JAKIM Klarifikasi Status Halal Beberapa Premis Makanan
Surat yang dikeluarkan oleh JAKIM
Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), agensi tersebut mengambil maklum mengenai tularnya satu surat yang dikeluarkan oleh jabatan mereka berhubung status halal beberapa premis makanan. Surat tersebut merupakan jawapan kepada pertanyaan mengenai status halal premis-premis tertentu.
Pertanyaan berkenaan dikemukakan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) JAKIM. Berdasarkan semakan dalam sistem MYeHALAL JAKIM, status halal bagi premis-premis seperti Johnny's Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr. Dakgalbi, dan Bungkus Kaw Kaw adalah tidak memegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah. Oleh itu, maklum balas yang disediakan oleh JAKIM adalah berdasarkan maklumat yang dijana melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam tersebut.
Namun demikian, hasil semakan semula yang dilakukan melalui Portal Halal Malaysia menunjukkan bahawa premis makanan berjenama Ayam Penyet Best mempunyai empat outlet yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah. JAKIM telah mengemukakan makluman semula kepada individu yang bertanya melalui e-mel pada 2 September 2024, iaitu pada hari yang sama maklum balas diberikan.
Agensi tersebut juga ingin memaklumkan kepada pengguna bahawa status halal bagi mana-mana premis atau produk boleh disemak secara langsung oleh pengguna melalui Portal Halal Malaysia. Pengguna boleh mengakses maklumat tersebut melalui pautan berikut: Portal Halal Malaysia
Ingin menampilkan siaran akhbar, temu bual eksklusif, atau kandungan berjenama anda di Kinihalal & Malaysiakini? Email kami di [email protected]
Sertai komuniti Halal kami untuk mendapatkan berita dan acara terkini.
Ikuti Kinihalal di: Facebook, LinkedIn, Instagram, dan TikTok.
Waktu Solat
15 Jan 2025
Waktu solat berikutnya,
Imsak
pada
06:03 (16 Jan 2025)