Back To Halal News

Jun 20, 2024 1PM

Kolej Hafiz lahirkan graduan huffaz profesional melalui amalan sistem Al-Ta'dib

PU Hafiz Haneefa, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Hafiz


Selepas kejayaan melahirkan lebih 11,800 alumni melalui kampus inovatif dan teknologi, Kolej Hafiz, sebuah Institut Pendidikan Tinggi Tahfiz Al Quran tidak berpeluk tubuh dalam meneruskan usahanya bagi melahirkan lebih ramai profesional Islam yang hafiz Al Quran.


Kolej Hafiz adalah sebuah pusat pembangunan modal insan Huffaz berkemahiran yang beroperasi sejak Mac 1983 lagi.


Menurut Presiden Kolej Hafiz, Puan Hajjah Asemah Binti Haji Mohd Din, selepas 41 tahun penubuhannya, Kolej Hafiz akhirnya menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai ‘the First Private Integrated Tahfiz Institute’ pada 21 Oktober 2023.


“Alhamdulillah..seramai 1000 graduan huffaz manakala 800 lagi graduan profesional telah dilahirkan melalui Kolej Hafiz sehingga kini. Kami optimis, Kolej Hafiz akan mampu melahirkan lebih ramai golongan huffaz menjelang 2050 selaras dengan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) kerajaan yang dilancarkan sejak 2018 lalu,” tegas beliau.


Sistem al-takhalli menghias jiwa dengan sifat-sifat yang mulia sebagaimana yang dituntut oleh Islam


Sistem pendidikan di Kolej Hafiz ini mengamalkan konsep Ta'dib. Konsep Ta'dib merupakan proses mengasuh, mendidik, membentuk, membimbing, menanam, menyuci, menitis dan menyuburkan akhlak mulia dalam pembinaan dan pembangunan diri insan. Ini dibuktikan dengan pengiktirafan daripada Jabatan Pendidikan Tinggi yang menganugerahkan penarafan ‘highly competitive’ iaitu penarafan 6 bintang dalam Malaysian Quality Evaluation System MyQuest 2018/2019.


“Hanya 12 Kolej dari institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) sahaja menerima penarafan ini termasuk Kolej Hafiz daripada 500 kolej IPTS di Malaysia,” ujar PU Hafiz Haneefa, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Hafiz yang juga Penerima Anugerah Guru Berwibawa (Swasta) Peringkat Kebangsaan ke-53 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) 2024.


“Kita memberikan kemudahan yang kondusif kepada para pelajar dengan kelas, smart board, makmal komputer, makmal sains, makmal kemahiran hidup dan kemudahan gymnasium yang lengkap, kawasan riadah. Bagi memastikan keselamatan, kami memasang 70 kamera CCTV yang ada di kawasan Kolej Hafiz,” tambah beliau.


Peluang menyambung pelajaran ke Madinah & Mesir

 

Kolej Hafiz kini menawarkan kepada lepasan SPM yang boleh membaca Al-Quran walaupun tanpa asas berbahasa Arab, memiliki sekurang-kurangnya 3 Kredit dalam SPM untuk pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat.


Diploma itu telah menerima pengiktirafan JPA dan MQA (MQA/FA2143), tawaran pengajian selama 3 tahun bakal melayakkan pelajar untuk melanjutkan pengajian di dalam atau luar negara termasuk tawaran biasiswa kepada yang layak.


Ini membuka peluang pelajar untuk melanjutkan ke bidang 5 fakulti; Syariah, Usuluddin dan Falsafah, Hadis, Bahasa Arab dan Al Quran Al Qiraat di Universiti Islam Madinah dengan mendapat penajaan dari Madinah dan juga ke Universiti Al-Azhar, Mesir.


Malah, pelajar turut berpeluang melanjutkan pelajaran ke aliran sains dan juga perniagaan. 

 

Untuk maklumat lanjut, layari www.kolejhafiz.edu.my  atau hubungi 0176144846 / 0162615903.


Tonton video Kolej Hafiz di sini:

https://www.youtube.com/watch?v=ZC5SNbOQgJo

 

Artikel ditulis oleh https://musliminsiders.com/


Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

23 Oct 2024

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:39

mosque
imsak

Imsak

05:39:00

fajr

Fajr

05:49:00

syuruk

Syuruk

06:56:00

dhuhr

Dhuhr

13:00:00

asr

Asr

16:19:00

maghrib

Maghrib

19:00:00

isha

Isha

20:10:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Hei 2023Malaysia Showcase