Back To Halal News

Sep 06, 2024 10AM

HLISB: 65% Muslim Malaysia Pilih Perbankan Syariah

Dafinah Ahmed Hilmi, Ketua Pegawai Eksekutif HLISB [tengah] dan Akmal Solihi Mohd Yazid, Ketua Shariah HLISB [kanan], membincangkan lebih lanjut mengenai rangka kerja pengurusan kekayaan Islam dalam siri podcast Bank, Market Matters dengan HLB


Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Hong Leong Islamic Bank (“HLISB” atau “Bank”), agensi swasta itu mendapati bahawa 65 peratus rakyat Malaysia beragama Islam akan secara ekslusifnya memilih produk perbankan dan pelaburan patuh Syariah. 

 

Kajian ini dijalankan dalam kalangan 690 responden Muslim di Malaysia berumur antara 18 – 77 tahun, kebanyakannya mencatatkan pendapatan isi rumah bulanan median di bawah RM10,000.

 

Keputusan kajian ini juga mendapati bahawa 47 peratus responden mempunyai produk pelaburan, di mana tiga produk kegemaran adalah dana Amanah Saham Nasional Berhad (ASB), simpanan Tabung Haji dan komoditi emas, diikuti rapat oleh saham-saham Malaysia dan akaun simpanan pulangan tinggi. 

 

Walaupun terdapat persepsi dalam kalangan responden bahawa produk pelaburan Islam memberikan manfaat yang lebih rendah, HLISB berusaha memastikan produk patuh Syariahnya kompetitif berbanding produk konvensional, sekali gus memberi keyakinan kepada pelanggan untuk memilih produk perbankan Islam sambil menikmati manfaat dan pulangan yang bertepatan dengan pasaran.

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif HLISB, Dafinah Ahmed Hilmi, hasil kajian ini mencerminkan peluang Bank untuk memanfaatkan pasaran yang semakin berkembang pesat dengan menawarkan pendekatan pengurusan kekayaan yang komprehensif, sejajar dengan prinsip yang ditetapkan dalam pengurusan kewangan Islam.

 

“Umat Islam membentuk sekitar 63.5 peratus populasi Malaysia, dan berdasarkan kajian yang kami jalankan, 65 peratus secara eksklusifnya memilih produk perbankan Islam. Ini menunjukkan permintaan kukuh terhadap penyelesaian perbankan dan pelaburan patuh Syariah. Dalam perbankan Islam, pelaburan bukan sahaja untuk meningkatkan kekayaan peribadi. Ia berfungsi sebagai komponen penting dalam ekosistem pengurusan kekayaan Islam, yang memberi penekanan kepada penciptaan, pengumpulan, pemeliharaan, penyucian, dan pengagihan kekayaan. Dibentuk berlandaskan nilai Islam dan prinsip Syariah, pendekatan komprehensif ini mempromosikan altruisme dan tanggungjawab sosial bagi memastikan risiko serta keuntungan dikongsi bersama golongan yang memerlukan dan mereka yang mempunyai lebihan. 

 

Sumber foto dari Youtube HLISB


Pihak Bank berada dalam kedudukan unik sebagai pengantara kewangan yang boleh memenuhi permintaan pasaran menerusi perkhidmatan pengurusan kekayaan yang teguh, inovatif, dan patuh Syariah. Ini membolehkan HLISB membantu pelanggan kami menceburi landskap pelaburan Islam sambil memastikan kekayaan mereka dilindungi dalam ekosistem kewangan Halal yang menyeluruh. Kami ingin menjadi platform yang ideal untuk rakyat Malaysia memulakan, mengembangkan dan mempelbagaikan portfolio pelaburan patuh Syariah mereka.”

 

Kajian HLISB juga mendedahkan bahawa 84 peratus responden mendakwa mempunyai keinginan untuk meraih kekayaan. Walau bagaimanapun, 77 peratus Muslim di Malaysia tidak memiliki perancangan kewangan yang telah didokumentasikan. Ini menekankan kepentingan memiliki strategi pengurusan kekayaan Islam yang komprehensif untuk membina masa depan kewangan yang selaras dengan prinsip Islam. 

 

Ketua Syariah HLISB, Akmal Solihi Mohd Yazid, menekankan kepentingan pengurusan kekayaan Islam, dan bagaimana Bank berusaha membantu pelanggan memanfaatkan potensi sepenuhnya. 


“Dalam Islam, pemerolehan, perbelanjaan, dan pemeliharaan kekayaan harus dilakukan dengan betul dan bertanggungjawab mengikut prinsip-prinsip Islam yang ditetapkan. Ini telah mendorong para ulama kontemporari membangunkan garis panduan untuk memastikan perjalanan pengumpulan kekayaan mematuhi prinsip Islam. Menerusi pasukan pakar Syariah dan rekod prestasi terbukti dalam kewangan Islam, kami memastikan bahawa perkhidmatan kekayaan kami memenuhi garis panduan Syariah yang ketat, sambil memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai.”

 

Pelanggan boleh memulakan perjalanan pelaburan patuh Syariah dengan mudah bersama HLISB dengan pelbagai dana Islam yang telah memenangi anugerah dan pernah menjana pulangan tinggi - antaranya adalah HL Dana Makmur dan HL Dana Maa’rof yang menawarkan pulangan tahunan selama lima tahun sebanyak 18.45 peratus dan 11.41 peratus masing-masing, setakat 30 Jun 2024. Bagi pelanggan yang ingin meneroka pelaburan jangka pendek dengan risiko yang lebih rendah, Akaun Pelaburan Berjangka HLISB adalah alternatif di mana pelaburan boleh dimulakan dengan serendah RM500 bagi tempoh 1, 3, 6, 9, atau 12 bulan.


Ingin menampilkan siaran akhbar, temu bual eksklusif, atau kandungan berjenama anda di Kinihalal & Malaysiakini? Email kami di [email protected]

 

Sertai komuniti Halal kami untuk mendapatkan berita dan acara terkini.

 

Ikuti Kinihalal di: Facebook, LinkedIn, Instagram, dan TikTok.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

15 Jan 2025

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

06:03 (16 Jan 2025)

mosque
imsak

Imsak

06:03:00

fajr

Fajr

06:13:00

syuruk

Syuruk

07:23:00

dhuhr

Dhuhr

13:25:00

asr

Asr

16:48:00

maghrib

Maghrib

19:23:00

isha

Isha

20:37:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Hei 2023Malaysia Showcase