Back To Review By Kinihalal

Aug 31, 2023 10AM

Percutian Mesra Muslim di Taiwan

Perkara utama yang pelancong Muslim utamakan adalah makanan halal dan tempat untuk beribadah. Seiringan dengan itu, Taiwan yang diiktiraf sebagai “Destinasi Inklusif Tahunan (bukan OIC)” bagi kategori “Anugerah Halal dalam Pelancongan 2022 yang dianjurkan oleh CrescentRating, menawarkan pelancongan mesra muslim bertemakan Mesra Muslim, Romantik, “Vibrant” dan “Trendy”.

Tonton video restoran halal Taiwan di sini.

Seperti sedia maklum, Taiwan berada di tangga kedua di dunia dalam menyediakan persekitaran pelancongan mesra Muslim bagi destinasi bukan OIC (Organisasi Kerjasama Islam) berdasarkan Indeks Pelancongan Muslim Global MasterCard-CrescentRating 2022.

Kebanyakkan tempat-tempat tarikan utama di Taiwan di lengkapi dengan tandas mesra muslim dan kawasan untuk beribadah. Antara tempat yang mempunyai kemudahan mesra muslim adalah seperti Taipei World Trade Centre, Taipei 101, Taiwan Taoyuan International Airport dan Sun Moon Lake National Scenic Area.

Klik sini untuk tonton tempat menarik yang boleh dikunjungi di Taiwan.

Salam Taiwan adalah kempen yang dijalankan oleh Biro Pelancongan Taiwan. 

Kempen ini mengetengahkan Taiwan sebagai Mesra Muslim, "Vibrant", Romantik dan "Trending". Selain tempat bersejarah, Taiwan juga mempunyai tarikan alam semula jadi yang memukau pandangan.

Pelancong boleh menikmati keindahan taman bunga di Zhongshe Flower Market. Taman bunga disini dihiasi dengan pelbagai jenis bunga. Selain itu, Sun Moon Lake juga mempunyai tarikan tasik yang mempunyai sejarahnya tersendiri. Pelancong boleh menikmati kebiruan tasik itu dengan menaiki bot.

Taiwan juga mempunyai gunung ganang yang kehijauan dan dingin. Di Qinjing Farm, pelancong boleh menyaksikan kambing biri-biri yang jinak berkeliaran di persekitaran gunung itu. 

Taiyi Leisure Farm tidak kurang hebatnya. Penginapan disitu sangat unik dan mesra muslim. Kawasan itu dikelilingi gunung yang kehijauan dan tasik yang dipenuhi bunga teratai. Hidangan disitu juga berasaskan alam semula jadi. Bunga-bunga di petik segar untuk para pelancong. 

Kesimpulanya. Taiwan sesuai untuk dikunjungi pelancong Muslim. Selain kawasan tarikan utama mereka yang mesra muslim, Taiwan juga mempunyai restoran dan makanan halal. 

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

28 Apr 2024

Waktu solat berikutnya,

Dhuhr

pada

13:13

mosque
imsak

Imsak

05:44:00

fajr

Fajr

05:54:00

syuruk

Syuruk

07:03:00

dhuhr

Dhuhr

13:13:00

asr

Asr

16:30:00

maghrib

Maghrib

19:20:00

isha

Isha

20:31:00

mosque

Produced by

fg media

Channel Partner

malaysiakinikiniTV

Media Partner

Hei 2023Malaysia Showcase