Sep 29, 2026 9AM
Empire Sushi catat rekod MBOR, miliki 133 premis halal Grab-and-Go
Pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Largest Halal Grab-and-Go Sushi Chain mencerminkan perkembangan konsep hidangan segera premium jenama Empire Sushi yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.
Konsep sushi atau kuih Jepun yang boleh dipilih, dibungkus dan dibawa pergi itu membolehkan Empire Premium Food Berhad lebih dikenali sebagai Empire atau Kumpulan terus mengembangkan rangkaian grab-and-go yang dimilikinya kepada 133 premis di seluruh negara setakat 30 Jun tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Empire Premium Food Berhad, Nicole Lim berkata, pengiktirafan MBOR itu menjadi antara pencapaian penting bagi syarikat selepas memperluaskan kehadirannya di seluruh Malaysia.
Katanya, pengiktirafan itu mencerminkan skala rangkaian grab-and-go Empire serta tumpuan berterusan yang menawarkan hidangan sushi kepada pelanggan di seluruh negara.
“Kami berbesar hati dengan perkembangan yang dicapai pada 2026. Sepanjang tahun ini, kami terus mengembangkan perniagaan dan memperkukuh kehadiran di seluruh Malaysia.
“Pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai Largest Halal Grab-and-Go Sushi Chain juga merupakan satu pencapaian yang membanggakan bagi kami,” katanya.

Di sebalik perkembangan rangkaiannya, Empire turut merekodkan hasil RM297.1 juta bagi tahun kewangan 2026, meningkat 26.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti yang diselaraskan pula berjumlah RM48.7 juta.
Untuk rekod, kecemerlangan Empire diiktiraf melalui pelbagai anugerah, termasuk Anugerah Putra Brand Awards (2025), Anugerah The BrandLaureate (2024), Anugerah Putra Aria (2023 & 2024), Anugerah Star Outstanding Business (2022 & 2023) dan Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Sin Chew (2022).
Nicole berkata, menjelang 2027, Empire akan terus memberi tumpuan kepada pengembangan rangkaian cawangan dan penambahbaikan operasi di samping memastikan pertumbuhan perniagaan terus kukuh.
Selain itu, menurut beliau, kumpulan berkenaan akan meneroka beberapa produk barangan pengguna bergerak pantas (FMCG) yang sedang dibangunkan.
“Kami teruja dengan peluang yang bakal diterokai dan akan terus berkembang serta berusaha mencapai tahap prestasi yang baik,” katanya.
Waktu Solat
29 Sep 2026
Waktu solat berikutnya,
Asr
pada
16:23

