Back To Halal News

Feb 11, 2026 1AM

JAKIM: Sabun tular berasaskan khinzir tidak dipersijilkan halal

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Hab Halal menekankan bahawa produk yang tular diperbuat daripada bahan berasaskan khinzir baru-baru ini tidak dipersijilkan halal oleh badan itu atau Badan Pensijilan Halal Luar Negara (FHCB) lain.

 

Ia susulan sebuah video berdurasi 3:03 minit di media sosial yang memaparkan cara-cara pembuatan sabun menggunakan bahan berasaskan khinzir, sekali gus mencetuskan keresahan orang ramai berkenaan video terbabit.

 

“Bahagian ini menegaskan bahawa produk berkenaan tidak dipersijilkan halal oleh JAKIM. 

JAKIM menegaskan bahawa produk yang tular di media sosial itu tidak dipersijilkan halal oleh badan tersebut. 

“Produk berkenaan juga tidak memaparkan logo halal daripada mana-mana Badan Pensijilan Halal Luar Negara (FHCB) yang diiktiraf JAKIM,” katanya dalam sebuah kenyataan, semalam.

 

JAKIM menyarankan pengguna untuk lebih berwaspada dan berhati-hati dalam memilih produk, dengan menyemak label serta kandungan terlebih dahulu sebelum membeli.

 

“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa memilih produk yang dipersijilkan halal oleh JAKIM atau Badan Pensijilan Halal Luar Negara (FHCB) yang diiktiraf JAKIM,” katanya.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
lantern

22 May 2026

Waktu solat berikutnya,

Asr

pada

16:23

lantern
Imsak

Imsak

05:54:00

Fajr

Fajr

06:04:00

Syuruk

Syuruk

07:11:00

Dhuhr

Dhuhr

13:19:00

Asr

Asr

16:23:00

Maghrib

Maghrib

19:23:00

Isha

Isha

20:32:00

quran

Channel Partners