Back To Halal News

Oct 06, 2025 8AM

Kenapa ada air mineral import tak boleh masuk pasaran Malaysia?

Tampak remeh namun ramai perlu tahu, banyak jenama air mineral dari luar negara tidak dapat dipasarkan di Malaysia. 

 

Perunding dan Jurulatih Halal Moens Commerce Sdn. Bhd, Salma Aida Ansah berkata, pengimportan air mineral ke Malaysia acapkali tidak melepasi proses penapisan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

 

Beliau berkata, air mineral semulajadi yang bersumberkan mata air gunung berapi misalnya, berpotensi mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi seperti kalsium, magnesium dan khususnya Jumlah Pepejal Terlarut (TDS). 

 

Kandungan mineral yang tinggi boleh membahayakan kesihatan apabila ginjal terpaksa bekerja keras untuk menapis mineral berlebihan, mengakibatkan masalah buah pinggang.

Salma Aida Ansah yang turut dikenali sebagai Ayda Ansah dalam kumpulan Facebook Halal Executive Community kini menonjol sebagai penyumbang utama. 

Ia bertentangan dengan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang menetapkan kandungan mineral tidak boleh melepasi had maksimum dibenarkan atau produk tersebut dianggap tidak mematuhi piawaian lalu boleh disekat dari pasaran.

 

Salma Aida berkata, tanpa perlesenan dan kelulusan KKM juga, pengimport air mineral tidak boleh memohon pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

 

“Setiap produk mesti mendapatkan lesen pengimportan dan kelulusan label daripada KKM. Ini adalah langkah wajib untuk memastikan keselamatan dan kualiti.

 

“Kelulusan KKM adalah langkah pertama yang wajib dilalui sebelum syarikat boleh memohon pensijilan halal JAKIM,” katanya pada hantaran di Facebook Halal Executive Community 6 Oktober lalu.

Salma Aida Ansah berkhidmat sebagai Jurulatih dan Perunding Halal bagi pengusaha industri makan dan minum Moens Commerce Sdn. Bhd. (kredit foto: LinkedIn Salma Aida Ansah)

Katanya, KKM ditugaskan untuk memastikan air mineral itu selamat, berkhasiat dan mematuhi piawaian kesihatan awam Malaysia manakala JAKIM mengesahkan bahan mentah, proses pengeluaran dan keseluruhan rantaian bekalan selaras dengan undang-undang Syariah.

 

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
lantern

22 May 2026

Waktu solat berikutnya,

Asr

pada

16:23

lantern
Imsak

Imsak

05:54:00

Fajr

Fajr

06:04:00

Syuruk

Syuruk

07:11:00

Dhuhr

Dhuhr

13:19:00

Asr

Asr

16:23:00

Maghrib

Maghrib

19:23:00

Isha

Isha

20:32:00

quran

Channel Partners