Back To Halal News

Aug 28, 2025 5AM

Safi dinobat jenama pilihan nombor 1 rakyat Malaysia

Safi – jenama penjagaan diri dan kecantikan yang disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) – mencipta sejarah tersendiri apabila dinobat jenama pilihan nombor satu di Malaysia  menurut laporan Kantar Brand Footprint 2025.

 

Pengurus Hal Ehwal Korporat dan Kawal Selia, Wipro Unza Malaysia, Rozaina Mahmod, berkata, Safi berjaya meraih capaian isi rumah tertinggi di negara ini bagi kategori Kesihatan dan Kecantikan untuk barangan pengguna bergerak pantas (FMCG bukan makanan). 

 

“Kami dengan penuh rasa bangga ingin berkongsi satu pencapaian besar; Safi kini merupakan jenama nombor satu paling banyak dipilih di Malaysia,” katanya di media sosial.

Safi terpilih sebagai jenama paling banyak dipilih dan jenama paling pesat berkembang dalam kategori Kesihatan dan Kecantikan untuk FMCG

Tambah mengujakan, kata Rozaina, Safi kini muncul sebagai jenama yang paling pesat berkembang dalam kategorinya, ini bukti jelas kekuatan jenama halal tempatan yang menggabungkan inovasi saintifik dengan kepercayaan nilai halal.

 

“Safi adalah bukti nyata bahawa jenama penjagaan diri tempatan boleh berkembang menjadi ikon negara dan kami baru bermula,” katanya.

Menurut beliau, rahsia kejayaan itu terletak pada kepimpinan yang memperkasakan.

 

Katanya, pemimpin mereka percaya dalam memberikan kebebasan kepada orang ramai untuk mencipta tanpa rasa takut serta kepercayaan untuk memimpin dengan tujuan.

 

“Budaya pemerkasaan ini membuka ruang kepada setiap ahli pasukan untuk mencurahkan sepenuh jiwa dan raga mereka bagi mencipta sebuah jenama yang boleh dibanggakan rakyat Malaysia,” katanya.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
lantern

22 May 2026

Waktu solat berikutnya,

Asr

pada

16:23

lantern
Imsak

Imsak

05:54:00

Fajr

Fajr

06:04:00

Syuruk

Syuruk

07:11:00

Dhuhr

Dhuhr

13:19:00

Asr

Asr

16:23:00

Maghrib

Maghrib

19:23:00

Isha

Isha

20:32:00

quran

Channel Partners