Aug 24, 2025 1AM
WITEX 2025 menutup tirai dengan fokus terhadap pelancongan Islam, pelaburan, pesta dan seni budaya
Pembentangan Hari Ketiga – Tumpuan kepada Pelancongan Islam & Pelaburan
Hari terakhir menyaksikan pembentangan penting mengenai Pelancongan Islam dan Pelaburan, dengan menampilkan peluang, cabaran serta kisah kejayaan daripada pelbagai negara. Antara yang membentangkan ialah:
Uzbekistan – Menonjolkan warisan Laluan Sutera sebagai tarikan utama pelancongan mesra Muslim.
Zambia – Membentangkan peluang pelaburan pelancongan, meletakkan dirinya sebagai sempadan baharu Afrika dalam pelancongan Islam mampan dan pembangunan infrastruktur hospitaliti halal.
Kemboja – Memperkenalkan tarikan sejarah dengan peningkatan kemudahan hospitaliti halal.
Industri Gaya Hidup Halal – Menunjukkan integrasi makanan, fesyen, pelancongan dan kesejahteraan dalam ekonomi halal global.
Azerbaijan – Memposisikan negara sebagai destinasi kaya budaya dan warisan dengan infrastruktur mesra Muslim.
Langkawi, Malaysia – Membentangkan visi untuk menjadi destinasi utama pelancongan Islam dan ekopelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
Pesta Budaya dan Seni Dunia
Secara serentak, World Cultural & Arts Festival (WCAF 2025) telah meraikan kepelbagaian warisan global melalui persembahan, pengalaman kulinari dan pameran seni, sekaligus mengukuhkan komitmen Malaysia terhadap diplomasi budaya dan ekonomi kreatif.
Sokongan Kukuh & Halatuju Masa Depan
Kejayaan WITEX & WCAF 2025 dicapai dengan sokongan padu daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), MyCEB, Batik Air, Etiqa Takaful, Tourism Selangor, serta rakan-rakan antarabangsa.
Expo dan Festival ini juga menjadi pemangkin kepada Tahun Melawat Selangor 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026, sekali gus menegaskan peranan Malaysia sebagai peneraju pelancongan Islam dan titik pertemuan global bagi budaya, seni serta perdagangan.
Waktu Solat
22 May 2026
Waktu solat berikutnya,
Asr
pada
16:23

