Apr 13, 2026 12PM
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI PEGAWAI MARA – CERTIFIED HALAL EXECUTIVE PROGRAM…

PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI PEGAWAI MARA – CERTIFIED HALAL EXECUTIVE PROGRAM (CHEP)
Universiti Kuala Lumpur (MICET) telah berjaya melaksanakan Program Certified Halal Executive Programme (CHEP) dari 6 hingga 12 April 2026, bertempat di The Pearl Hotel, Kuala Lumpur.
Program ini dilaksanakan di bawah Program Peningkatan Kapasiti Pegawai MARA anjuran Bahagian Pembangunan Usahawan MARA. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta atas komitmen dan penglibatan aktif sepanjang program berlangsung.
Para pegawai MARA telah didedahkan dengan pengetahuan serta kemahiran praktikal dalam pengurusan dan pensijilan halal yang amat penting dalam memperkukuh peranan mereka sebagai pemudah cara kepada usahawan. Program ini juga dapat meningkatkan keyakinan pegawai dalam membimbing serta menyokong usahawan ke arah pematuhan halal yang lebih menyeluruh dan berdaya saing.
Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada En. Khaizan selaku Timbalan Pengarah I, Puan Yusnor selaku Ketua Penolong Pengarah; serta En. Nazirul selaku Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi dari Bahagian Pembangunan Usahawan MARA atas sokongan dan kerjasama erat dalam menjayakan program ini.
Semoga segala usaha ini memberi impak berterusan kepada pembangunan usahawan serta pengukuhan ekosistem industri halal negara.
#HalalExecutive #HalalMalaysia #LatihanHalal #MARA #BahagianPembangunanUsahawan #UniversitiKualaLumpur #UniKLMICET
Waktu Solat
22 May 2026
Waktu solat berikutnya,
Asr
pada
16:23

