Back To Halal News

Apr 28, 2025 10AM

Malaysia, Maldives perkukuh aspirasi menentang genosid di Palestin

Malaysia dan Maldives menzahirkan aspirasi yang selari antara satu sama lain dalam usaha menggalas komitmen antarabangsa untuk menghentikan genosid di Palestin.

 

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam satu sidang media bersama memuji tindakan berani Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu yang mengharamkan pemegang pasport Israel daripada memasuki Maldives.

 

Beliau menyifatkan keputusan Muizzu itu sebagai pendirian berprinsip dalam menentang keganasan yang terus berlaku di negara Timur Tengah.

Anwar bersama Presiden Maldives, Muizzu (kredit foto: Instragram Anwar Ibrahim)

Menurut Anwar, Malaysia sejak kemerdekaannya tidak pernah mengiktiraf Israel atas dasar penolakan penduduk haram negara itu menghormati hak asasi manusia dan komitmen antarabangsa menghentikan tindakan genosid di Palestin.

 

“Kami (Malaysia dan Maldives) berkongsi sentimen dan aspirasi yang sama dan saya telah menyatakan bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia bahawa kami sememangnya memberi penghormatan tinggi dan pujian kepada beliau (Presiden Maldives) atas keberanian dan pendirian berprinsipnya,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Anwar menghantar Muizzu ketika beliau berangkat dari Bangunan Perdana Putra (kredit foto: Instagram Anwar Ibrahim)

Muizzu, yang tiba semalam untuk lawatan rasmi empat hari ke Malaysia, diberikan sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra, hari ini.

 

Sambutan itu menandakan lawatan Muizzu buat kali pertama ke Malaysia sejak beliau memegang jawatan presiden pada November 2023, selepas menerima jemputan Perdana Menteri.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
lantern

22 May 2026

Waktu solat berikutnya,

Asr

pada

16:23

lantern
Imsak

Imsak

05:54:00

Fajr

Fajr

06:04:00

Syuruk

Syuruk

07:11:00

Dhuhr

Dhuhr

13:19:00

Asr

Asr

16:23:00

Maghrib

Maghrib

19:23:00

Isha

Isha

20:32:00

quran

Channel Partners