Sep 19, 2024 9AM
HDC, Nippon Express Meterai Perjanjian Dalam Usaha Memacu Pertumbuhan Ekonomi Halal Malaysia
Halal Development Corporation Halal Development Corporation (HDC) dan Nippon Express (Malaysia) Sdn Bhd telah mengambil langkah penting dalam kerjasama strategik dengan menandatangani perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU).
Perjanjian ini bertujuan untuk memacu pertumbuhan ekonomi dalam industri halal Malaysia melalui perkongsian pengetahuan dan pengumpulan sumber.
Kerjasama ini merangkumi beberapa inisiatif utama iaitu menetapkan World Expo Osaka 2025 sebagai titik permulaan untuk membangunkan ekosistem logistik yang kukuh dan efisien dan mewujudkan platform logistik halal yang lestari serta memperluaskan logistik halal dengan pihak berkepentingan bagi mencipta idea dan nilai inovatif.
Pencapaian penting ini menunjukkan komitmen pihak HDC dalam mempromosikan industri halal Malaysia di peringkat global, dan kedua-dua pihak menantikan kerjasama yang produktif.
Perjanjian ini ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif HDC, En. Hairol Ariffein Sahari, dan Pengarah Urusan Nippon Express Malaysia, En. Hideki Nagaoka yang disaksikan oleh Pengerusi HDC, En. Khairul Azwan Harun bersempena dengan Malaysia International Halal Showcase (MIHAS Malaysia) 2024.
Ingin menampilkan siaran akhbar, temu bual eksklusif, atau kandungan berjenama anda di Kinihalal & Malaysiakini? Email kami di [email protected]
Sertai komuniti Halal kami untuk mendapatkan berita dan acara terkini.
Ikuti Kinihalal di: Facebook, LinkedIn, Instagram, dan TikTok.
Waktu Solat
22 May 2026
Waktu solat berikutnya,
Asr
pada
16:23

