Apr 10, 2026 6PM
Kerajaan menumpukan usaha untuk memastikan bekalan bahan api serta barangan…

Kerajaan menumpukan usaha untuk memastikan bekalan bahan api serta barangan keperluan asas sentiasa mencukupi agar aktiviti ekonomi dapat terus berjalan, kata Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Beliau menjelaskan isu bekalan bahan api menjadi cabaran utama susulan krisis tenaga global, dengan keutamaan negara kini tertumpu kepada memastikan bekalan tersebut kekal mencukupi.
“Meneliti pandangan seperti Bank Dunia, kita tahu bahawa krisis yang berlaku ketika ini adalah isu bekalan.
“Oleh itu, segala kekuatan yang ada itu sepatutnya tertumpu kepada menjamin (ketersediaan) bekalan bahan api dan bahan asas untuk membolehkan kegiatan ekonomi ini terus ada,” katanya. #kinihalal #malaysia #asiabarat
Waktu Solat
22 May 2026
Waktu solat berikutnya,
Asr
pada
16:23

