Back To Halal News

Aug 29, 2024 3AM

Muzz Lancar Kempen #MerdekaDari Untuk Sokong Bujang Muslim Di Malaysia dan Indonesia

 

Aplikasi perkahwinan Muslim yang berpangkalan di London, Muzz, melancarkan kempen serantau pertama mereka di Indonesia dan Malaysia sempena sambutan Bulan Kemerdekaan. Kedua-dua Indonesia dan Malaysia merayakan Hari Merdeka mereka pada bulan Ogos- 17 Ogos untuk Indonesia dan 31 Ogos untuk Malaysia. 

 

Di Asia Tenggara, perkahwinan bukan sahaja sebuah majlis untuk pasangan mempelai tetapi juga merupakan suatu perkara yang amat penting bagi ibu bapa dan masyarakat. Terutamanya apabila anda diharapkan untuk berkahwin sebelum usia tertentu, mempunyai kewangan yang stabil dan bekerjaya, mempunyai sebuah rumah dan kereta serta duit simpanan yang banyak! Ini sesuatu yang boleh dicapai padat ahun 80-an tetapi generasi milenial dan Gen Z berfikir sebaliknya. 

 

Tekanan sosial dalam masyarakat yang (sedikit sebanyak) bersikap menjaga tepi kain orang menjadikan ia lebih sukar untuk berkahwin apatah lagi mencari pasangan. Kebanyakan wanita di Asia Tenggara kini lebih fokus pada kerjaya, berpendidikan tinggi dan mampu untuk menguruskan kewangan sendiri, yang mungkin terlihat sebagai ukuran kehidupan yang lebih baik, tetapi tidak sebegitu mudah bagi mereka untuk mendapatkan suami.

 

 Berdasarkan penemuan daripada ‘focus groups’ dan beberapa acara yang Muzz sertai, pasukan Asia Tenggara di Muzz membuahkan idea untuk membantu mengubah persepsi negatif ini kepada sesuatu yang lebih positif. Maka dengan itu, kempen #MerdekaDari dilancarkan! 

 

#MerdekaDari bertujuan untuk mengetengahkan Muslim bujang “tidak konvensional” di Indonesia dan Malaysia, yang berjuang untuk mencari cinta. Objektif kempen ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang isu masyarakat yang biasanya tidak dibincangkan secara terbuka dan dianggap sebagai ’taboo’. 

 

Di Muzz, mereka percaya bahawa setiap orang dicipta berpasangan, seperti yang tertulis dalam Al-Quran Surah An-Naba 78:8 “Dan Kami menciptakan kamu berpasang-pasangan”. 

 

6 orang bujang dari Indonesia dan Malaysia telah ditemubual dan cerita mereka dikongsi melalui sebuah video gaya dokumentari yang emosional. Ditayangkan pada 17 Ogos 2024, yang juga merupakan tahun ke-79 kemerdekaan Indonesia, membuktikan betapa pentingnya mesej yang ingin disampaikan oleh Muzz kepada Muslim bujang di Asia Tenggara dan seluruh dunia!

 

 6 individu yang ditampilkan dalam dokumentari ini adalah: 

 

Qila (Malaysia) 

 

Seorang ibu tunggal berusia 36 tahun dari Kota Belud, Sabah, yang baru bercerai dan takut dinilai oleh masyarakat. 

 

Reza (Malaysia) 

 

Seorang bapa tunggal berusia 37 tahun dengan 2 anak perempuan yang sedang bergelut dengan trauma dari kegagalan hubungan masa lalu. 

 

Suri (Malaysia) 

 

Berkahwin dan bercerai pada usia yang sangat muda, dia ingin cuba untuk mempercayai seseorang semula. 

 

Kristina (Indonesia) 

 

Seorang mualaf secara sukarela yang berjuang untuk mencari seseorang yang ingin menerima dirinya seadanya, namun tetap mementingkan agama.

 

 Rida (Indonesia) 

 

Seorang ibu tunggal berusia 40 tahun yang ingin bebas membuat keputusan sendiri- untuk dirinya dan anaknya. 

 

Wibi (Indonesia) 

 

Seorang pengarah kreatif berusia 36 tahun yang masih mencari wanita yang boleh menerima dia sebagai tulang belakang keluarga dan ibu bapanya yang telah bercerai.

 

Kempen #MerdekaDari berlangsung selama 1 bulan sehingga 16 September 2024, iaitu Hari Malaysia. 


Tonton video penuh #MerdekaDari mereka di sini: https://youtu.be/Mq0N5A_s6I

Ingin menampilkan siaran akhbar, temu bual eksklusif, atau kandungan berjenama anda di Kinihalal & Malaysiakini? Email kami di [email protected]

 

Sertai komuniti Halal kami untuk mendapatkan berita dan acara terkini.

 

Ikuti Kinihalal di: Facebook, LinkedIn, Instagram, dan TikTok.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
lantern

22 May 2026

Waktu solat berikutnya,

Asr

pada

16:23

lantern
Imsak

Imsak

05:54:00

Fajr

Fajr

06:04:00

Syuruk

Syuruk

07:11:00

Dhuhr

Dhuhr

13:19:00

Asr

Asr

16:23:00

Maghrib

Maghrib

19:23:00

Isha

Isha

20:32:00

quran

Channel Partners