Aug 19, 2024 10AM
RISDA, JAKIM Galakkan Usahawan Halal Malaysia Mengembangkan Perniagaan
Sumber foto dari Facebook JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pengurusan Halal (BPH) dan Bahagian Penyiaran, telah melaksanakan rakaman rancangan MYHALAL yang dibimbing oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebu Kecil Getah (RISDA) di Southville City, Dengkil, Selangor pada 15 Ogos 2024.
Rakaman kali ini bertujuan untuk mengetengahkan peranan penting yang dimainkan oleh RISDA dalam membantu usahawan kecil dan mikro memperluaskan ekonomi mereka melalui pensijilan halal Malaysia. Antara syarikat yang dirakam kali ini adalah Aiza AA Global Trading, yang terkenal dengan produk aiskrim mereka. Sehingga kini, syarikat tersebut telah mengeluarkan lebih daripada 12 perisa aiskrim.
Sumber foto dari Facebook JAKIM
Encik Anwar Mirza, Pengarah Urusan Aiza AA Global Trading, berkongsi pengalaman beliau memulakan perniagaan aiskrim sejak tahun 2018 di Senawang, Negeri Sembilan sebelum berpindah ke lokasi semasa di Southville City pada tahun 2021. Produk aiskrim mereka kini telah memasuki pasaran Lembah Klang dan Negeri Sembilan.
Sumber foto dari Facebook JAKIM
Sesi rakaman ini turut dihadiri oleh wakil RISDA negeri Selangor, yang memberikan penjelasan mengenai bantuan yang telah disalurkan kepada usahawan untuk meningkatkan taraf hidup dan memajukan perniagaan mereka. RISDA, sebagai salah satu agensi pembimbing pensijilan halal, bukan sahaja memberikan bimbingan tetapi juga menyediakan dana kewangan bagi membantu usahawan dalam mendapatkan sijil halal.
Usaha berterusan dari agensi seperti RISDA diharapkan dapat memperbanyakkan lagi bilangan usahawan bimbingan mereka yang berjaya memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sekaligus menyokong pertumbuhan ekonomi usahawan kecil dan mikro di negara ini. Dengan sokongan dan bimbingan yang diberikan, diharapkan lebih ramai usahawan akan dapat memanfaatkan pensijilan halal untuk mengembangkan perniagaan mereka ke pasaran yang lebih luas.
Ingin menampilkan siaran akhbar, temu bual eksklusif, atau kandungan berjenama anda di Kinihalal & Malaysiakini? Email kami di [email protected]
Sertai komuniti Halal kami untuk mendapatkan berita dan acara terkini.
Ikuti Kinihalal di: Facebook, LinkedIn, Instagram, dan TikTok.
Waktu Solat
22 May 2026
Waktu solat berikutnya,
Asr
pada
16:23

