Back To Halal News

Aug 13, 2024 5AM

Outlet KLCC K Fry Kini Disahkan Halal

  

 Sumber foto dari Facebook K Fry

 

Fry Urban Korean merupakan sebuah restoran yang menyajikan menu ayam goreng Korea dan makanan Korea bergayakan konsep urban.

 

Melalui pautan di media sosial, mereka berkongsi bahawa outlet mereka di Suria KLCC telah mendapatkan pensijilan halal daripada Jakim.

 

“Kami dengan bangganya mengumumkan bahawa kami telah memperoleh pensijilan halal.

 

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sokongan Chinggus sepanjang perjalanan ini. Walaupun terdapat pelbagai halangan, kamulah yang terus memberi semangat kepada kami untuk pencapaian ini!”, katanya.

 

Rata-rata pelanggan mereka juga mengucapkan tahniah di atas pencapaian ini dan menyatakan mereka tidak lagi was-was untuk menjamu selera di restoran itu.

 

K Fry juga berkata yang mereka di dalam proses untuk mendapatkan pensijilan halal bagi outlet-outlet mereka yang lain.

 

 Sumber foto dari K Fry

 

Daripada mencipta rasa Korea yang asli, memastikan bahan yang paling segar dan terbaik, hingga menyediakan perkhidmatan seperti menyambut teman baik di rumah, mereka meletakkan kejujuran dalam DNA K Fry mereka.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
lantern

22 May 2026

Waktu solat berikutnya,

Asr

pada

16:23

lantern
Imsak

Imsak

05:54:00

Fajr

Fajr

06:04:00

Syuruk

Syuruk

07:11:00

Dhuhr

Dhuhr

13:19:00

Asr

Asr

16:23:00

Maghrib

Maghrib

19:23:00

Isha

Isha

20:32:00

quran

Channel Partners