Aug 05, 2024 6AM
RollingPay, USAHANITA: Kolaborasi Untuk Bantu 500 PKS Mikro Usahawan Wanita Dalam Pembiayaan Syariah
Ketua Pegawai Eksekutif RollingPay, Cellou Diallo bersama YDP USAHANITA, Dato’ Faridah A. Jabbar
Kuala Lumpur, Malaysia – 1 Ogos 2024 – Pemilik perusahaan mikro yang ingin mengembangkan perniagaan mereka kini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pembiayaan disebabkan oleh kekurangan cagaran, aliran tunai yang tidak konsisten, dan amalan penyimpanan rekod simpan kira-kira yang lemah. Cabaran-cabaran ini adalah halangan yang besar kepada kesuksesan bisnes dan ia secara tidak langsung memberikan impak kepada perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) dalam keadaan kewangan yang tidak menentu. Walau bagaimanapun, dengan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dan data alternatif, penyelesaian hibrid inovatif RollingPay membantu perusahaan mikro ini mendapatkan pembiayaan perniagaan masa nyata (Real-Time) untuk menyokong pertumbuhan perniagaan mereka.
Kerjasama antara RollingPay dan USAHANITA bertujuan untuk menyokong sekurang-kurangnya 500 PMKS mikro yang dipimpin wanita dengan pembiayaan perniagaan patuh syariah sehingga RM100,000. Kerjasama ini menekankan dedikasi RollingPay dalam memperkasakan usahawan wanita dan memacu pertumbuhan ekonomi di Malaysia melalui penyelesaian aliran tunai patuh syariah yang didorong oleh AI.
“Kerjasama kami dengan USAHANITA merupakan satu pencapaian penting dalam misi kami untuk memperkasakan PMKS, terutamanya yang dipimpin oleh wanita,” kata Cellou Diallo, Ketua Pegawai Eksekutif RollingPay. “Kami menyedari cabaran unik yang dihadapi oleh usahawan PMKS dari mendapatkan pembiayaan perniagaan tanpa cagaran hingga mengurus aliran tunai yang tidak menentu. Platform kami yang didorong oleh AI menangani isu-isu ini dengan menyediakan kemudahan kredit masa nyata dan memastikan pembayaran tepat pada masanya kepada pekerja dan pembekal, sekali gus mewujudkan persekitaran kewangan yang stabil untuk pertumbuhan perniagaan.”
Misi RollingPay adalah untuk merevolusikan landskap kewangan bagi PMKS dengan menawarkan pengurusan aliran tunai yang lancar dan boleh dipercayai. Pendekatan inovatif syarikat ini mengintegrasikan fasilitasi pengurusan tunai dan pemprosesan pembayaran dalam satu penyelesaian yang efisien, mengurangkan kesilapan dan meningkatkan ketelusan. Dengan bekerjasama dengan USAHANITA, RollingPay berhasrat untuk memberi impak nyata terhadap kesihatan kewangan perniagaan yang dipimpin wanita, membolehkan mereka berkembang dalam pasaran yang kompetitif.
Penggunaan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence- “AI”) dan data alternatif membezakan RollingPay daripada platform pembiayaan perniagaan tradisional. Dengan menganalisis pelbagai data, termasuk sejarah transaksi dan data tenaga kerja, platform kami dapat menilai kelayakan kredit dengan tepat dan menyediakan penyelesaian pembiayaan perniagaan yang bersesuaian. Pendekatan ini bukan sahaja memperluaskan akses kepada pengurusan tunai yang lebih baik tetapi juga memastikan dana tersedia tepat pada masanya, menghapuskan tekanan yang berkaitan dengan pembayaran tetangguh.
“Kami teruja untuk bekerjasama dengan RollingPay untuk menyokong ahli-ahli usahawan kami,” kata Dato’ Faridah A. Jabbar, YDP USAHANITA. “Matlamat kami adalah untuk menyediakan usahawan wanita ini dengan alat dan sumber yang mereka perlukan untuk berjaya. Penyelesaian pembiayaan perniagaan inovatif RollingPay adalah penyelesaian yang mengubah status-quo, menawarkan akses dana yang tepat pada masanya dan adil tanpa memerlukan cagaran. Bersama-sama, kami dapat membantu perniagaan ini mengatasi halangan kewangan dan mencapai potensi penuh mereka.”
Kerjasama ini merupakan bukti kuasa kolaborasi dalam memacu pemerkasaan ekonomi dan pertumbuhan. Dengan menggabungkan teknologi canggih RollingPay dengan rangkaian luas usahawan wanita USAHANITA, inisiatif ini bertujuan untuk mewujudkan ekosistem kewangan yang lebih inklusif dan menyokong untuk PMKS di seluruh Malaysia.
Waktu Solat
22 May 2026
Waktu solat berikutnya,
Asr
pada
16:23

