Back To Halal News

Jul 19, 2024 6AM

KPDN Serbu Perusahaan Makanan Ringan Menggunakan Logo Halal Palsu

IPOH: Sebuah premis perusahaan menjual makanan ringan dan kacang putih di Kampung Kacang Putih dekat Buntong di sini, diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, semalam kerana disyaki mempamerkan logo halal palsu pada produk yang didagangkan.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail, berkata dalam serbuan jam 12.45 tengah hari itu, tindakan sitaan dibuat terhadap 463 bungkusan makanan ringan pelbagai jenis yang menggunakan logo halal tidak sah bagi tujuan perdagangan dan jualan di pasaran dengan nilai keseluruhan barang rampasan dianggarkan berjumlah RM2,720.

“Pemeriksaan yang dilakukan menjumpai sejumlah produk makanan ringan yang telah ditandakan dengan logo halal tidak sah digunakan untuk tujuan perdagangan. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati produk yang dikeluarkan adalah untuk jualan runcit serta borong sekitar utara Semenanjung Malaysia.

“Sehubungan itu, satu tindakan kes diambil di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 justeru bertindak menyita 463 bungkusan makanan ringan pelbagai jenis yang menggunakan logo halal tidak sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya lagi, kes disiasat mengikut Perintah 8(a), Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 iaitu kesalahan memperaku mana-mana makanan sebagai halal.

Menurutnya lagi, siasatan awal mendapati ia adalah kesalahan kali pertama dibuat premis itu berkenaan dengan logo halal.

Sumber: Berita Harian

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
lantern

22 May 2026

Waktu solat berikutnya,

Asr

pada

16:23

lantern
Imsak

Imsak

05:54:00

Fajr

Fajr

06:04:00

Syuruk

Syuruk

07:11:00

Dhuhr

Dhuhr

13:19:00

Asr

Asr

16:23:00

Maghrib

Maghrib

19:23:00

Isha

Isha

20:32:00

quran

Channel Partners