Sep 02, 2025 4PM
Alliance Islamic Bank perkasa peniaga halal melalui platform perdagangan sosial
Alliance Islamic Bank (AIS) kini memanfaatkan platform perdagangan sosial terkemuka bagi memperluas akses pengusaha perniagaan halal serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Alliance Islamic Bank, Rizal Il-Ehzan Fadil Azim berkata, media sosial bukan sekadar alat komunikasi, namun medium yang membentuk ekosistem dinamik lalu membolehkan perniagaan membina jenama dan mencapai pelanggan di seluruh dunia.
“Bagi PKS halal, ini adalah peluang untuk bersaing dan berkembang dengan lebih pantas.
“Melalui Halal in One, kami membantu perniagaan merebut peluang ini dengan menyediakan alat, pembiayaan, dan akses pasaran yang diperlukan untuk berjaya,” katanya dalam kenyataan.
AIS berkata, mereka bekerjasama dengan rangkaian platform media sosial terkenal untuk mendekati perniagaan yang boleh mendapat kelebihan menerusi program Halal in One.
Menurut syarikat subsidiari kepada Alliance Bank Berhad itu, pengusaha dalam kategori permintaan tinggi seperti kecantikan dan penjagaan peribadi, makanan dan minuman, serta produk berkelayakan mendapat sijil halal terutamanya, berpotensi meraih lebih banyak pelanggan dalam ekonomi digital yang pesat berkembang.
“Dengan memperluas pendedahan pasaran dan membuka lebih banyak peluang jualan dalam talian, inisiatif ini mengukuhkan komitmen Alliance Islamic Bank untuk memacu pertumbuhan inklusif dan inovasi dalam ekosistem halal di Malaysia,” katanya
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Alliance Islamic Bank, Rizal Il-Ehzan Fadil Azim
Menurut AIS lagi, sebahagian daripada inisiatif strategiknya, bank itu juga terbabit dalam Megasales 2025 iaitu sebuah kempen dianjurkan sebuah platform perdagangan sosial.
“Penyertaan ini memberi peluang untuk kami mendekati lebih banyak perniagaan yang memerlukan pensijilan halal, akses pasaran dan kemudahan pembiayaan, sekaligus memperkukuh peranan AIS dalam menyokong pertumbuhan perusahaan dalam ekosistem digital yang semakin kompetitif,” katanya.
Program Halal in One yang dilancarkan pada 2020 itu menawarkan penyelesaian hujung-ke-hujung termasuk pemudahcaraan pensijilan halal, pembiayaan dan akses kepada khidmat nasihat.
Inisiatif berkenaan, menurut AIS, membolehkan perniagaan halal bermula, berkembang dan terus maju sekaligus menjadikan peranan program Halal in One penting dalam menyokong usahawan dan pemilik perniagaan untuk menceburi industri halal.
AIS menjelaskan, pendekatan itu menggabungkan penglibatan digital dengan rangkan penyelesaian halal lalu membolehkan pelanggan mempercepat pertumbuhan mereka dalam pasaran digital masa kini.
Bagi maklumat lanjut mengenai program Halal in One, anda boleh layari
https://www.alliancebank.com.my/islamic/Business/Advisory/Halal-In-One
Waktu Solat


05 Sep 2025
Waktu solat berikutnya,
Imsak
pada
05:49

