Back To All

Nov 29, 2024 11PM

Ekonomi halal global cecah AS$8 trilion

Ekonomi halal global mencecah US$8 trilion sejak penganjuran acara Sidang Dunia Halal pada 2015, kata penyelaras acara, Aylin Sengul.

 

Sidang Dunia Halal dan Expo Halal merupakan dua acara serentak yang diadakan di Istanbul, dianjurkan oleh Institut Piawaian dan Metrologi bagi Negara-Negara Islam (SMIIC) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), serta diselaraskan oleh Kementerian Perdagangan Turkiye dan Agensi Akreditasi Halal Turkiye.

 

Sengul berkata Sidang Dunia Halal tahun ini mendapat sambutan yang luar biasa sejak program pembukaannya, dengan penyertaan 500 jenama tempatan dan antarabangsa dari lebih 50 negara, dan dijangka menarik hampir 9,000 pelawat asing sepanjang acara ini.

 

“Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, tahun ini kami menganjurkan forum perniagaan dari negara-negara seperti Oman, Palestin, Algeria, dan Cameroon, selain acara Go Africa, yang mana kami membawa usahawan dan delegasi penting dari pelbagai wilayah di Afrika untuk berkongsi pandangan,” katanya.

 

Menurutnya, ekonomi halal dan sektor halal biasanya dianggap hanya untuk umat Islam, tetapi dia menekankan bahawa acara tahun ini turut menarik minat daripada bukan Muslim kerana kebaikan kesihatan dan kebolehpercayaan produk halal.


Sidang Dunia Halal dan Expo Halal merupakan dua acara serentak yang diadakan di Istanbul


“Apabila kami mula-mula menganjurkan acara ini, ekonomi halal global berada pada sekitar US$1 trilion, dan dengan usaha negara kami dalam pensijilan dan akreditasi halal, kami menganggarkan ekonomi halal global akan berkembang kepada US$12 trilion dalam lima tahun akan datang,” katanya.

 

Sengul menyatakan bahawa mesyuarat perniagaan antara perniagaan (B2B) pada acara tahun ini meningkat berbanding tahun sebelumnya, dengan hampir 1,000 delegasi antarabangsa.

 

Dia turut menekankan bahawa Sidang Dunia Halal mencipta dua sektor khas untuk acara tahun ini, iaitu sektor label peribadi dan sektor vegan organik semula jadi.

 

“Turkiye berada pada kedudukan yang sangat penting dalam sektor label peribadi, dengan hampir 30 peratus pengeluar kami menyediakan perkhidmatan dalam bidang ini, dan tahun depan, kedua-dua sektor khas ini akan mengadakan acara mereka sendiri,” katanya.

 

Sidang Dunia Halal dan acara Expo Halal bermula pada Rabu dan akan berakhir pada Sabtu.



- Bernama 


Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

06 Dec 2024

Waktu solat berikutnya,

Dhuhr

pada

13:07

mosque
imsak

Imsak

05:44:00

fajr

Fajr

05:54:00

syuruk

Syuruk

07:05:00

dhuhr

Dhuhr

13:07:00

asr

Asr

16:30:00

maghrib

Maghrib

19:04:00

isha

Isha

20:19:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Hei 2023Malaysia Showcase