Back To All

Jul 22, 2025 5PM

Syarikat tiada sijil halal bekal makanan di HCTM (UKM) – Ketua Audit Negara

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025 mendedahkan sebuah syarikat yang dianugerahkan kontrak katering Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) bernilai RM25.64 juta tidak mempunyai sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

 

Menurut LKAN 2/2025, syarikat yang hanya dikenali dengan nombor siri 0267299-T itu bertanggungjawab menyediakan makanan untuk pesakit hospital selama tiga tahun dan sudah mula beroperasi sejak Februrari tahun lalu.

 

"Perolehan Perkhidmatan Sajian Makanan Pesakit di HCTM bertujuan menyediakan sajian makanan yang halal kepada pesakit HCTM bersesuaian dengan status Dapur Utama yang mendapat pensijilan halal dari JAKIM, memberikan perkhidmatan sajian makanan pesakit dengan cemerlang dan berkualiti tinggi serta mematuhi piawaian berkaitan.

 

"Semakan Audit mendapati syarikat yang ditawarkan kontrak berkenaan gagal penilaian teknikal tetapi masih dibawa ke Jawatankuasa Penilaian Kewangan," katanya dalam laporan berkenaan.


Sebanyak 12 petender telah menyertai perolehan ini namun hanya dua syarikat yang lulus penilaian teknikal. (kredit foto: Malaysiakini)


Laporan itu turut menyatakan bahawa Jawatankuasa Penilaian Teknikal tidak mengesyorkan syarikat itu kerana ia tidak mempunyai pengalaman, sijil halal JAKIM dan sijil Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP).

 

Untuk rekod, pensijilan HACCP adalah sistem pengurusan yang mengiktiraf dan mengawal bahaya dalam rantaian pengeluaran makanan.

 

Syarikat itu juga didapati tidak mempunyai peralatan sajian pesakit yang lengkap, tidak menyediakan jadual perancangan program kualiti, tidak mempunyai bilangan pramusaji yang mencukupi dan tiada demonstrasi berkenaan peralatan.

 

Walaupun syarikat itu lulus penilaian kewangan, LKAN 2/2025 melaporkan ia masih tidak disyorkan kerana berada di tempat keempat terendah.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

25 Jul 2025

Waktu solat berikutnya,

Dhuhr

pada

13:23

mosque
imsak

Imsak

05:50:00

fajr

Fajr

06:00:00

syuruk

Syuruk

07:11:00

dhuhr

Dhuhr

13:23:00

asr

Asr

16:45:00

maghrib

Maghrib

19:30:00

isha

Isha

20:44:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase