Back To All

Jun 23, 2025 5PM

MAIPk belanja lebih RM1.8 juta buat asnaf ceburi bidang minyak dan gas

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) membelanjakan RM1.8 juta ke arah memperkasakan ekonomi golongan asnaf dengan melatih hampir 200 orang peserta mahir dalam industri minyak dan gas. 

 

MAIPk melalui sebuah kenyataan berkata, inisiatif itu adalah sebahagian daripada usaha strategiknya untuk menambah baik ekonomi golongan asnaf di samping memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dalam industri tersebut.


Menurut MAIPK, pendekatan itu merangkumi Program Latihan Kemahiran Asnaf MAIPk yang menawarkan lima kursus utama dalam bidang minyak dan gas iaitu Blasting & Painting, Rigger, Scaffolding, serta Gas Pipe & Fitting. 


“Seramai 120 belia asnaf menyertai program tersebut dan pada hari ini, seramai 60 peserta daripada kumpulan kedua diraikan.


Pengurus Besar Bahagian Pemerkasaan Asnaf MAIPk, Amirudin Osman ketika menyampaikan sesi inspirasi Mengubah Takdir dengan Tangan Sendiri (kredit foto: Facebook MAIPk)


“Kumpulan pertama seramai 60 peserta sebelum mereka pula telah menamatkan latihan dan kini sedang menjalani penempatan pekerjaan di Paka, Terengganu,” katanya dalam sebuah hantaran di Facebook. 

 

Bagi meraikan peserta, MAIPk menganjurkan satu sesi inspirasi bertajuk Mengubah Takdir dengan Tangan Sendiri yang turut diadakan sebagai suntikan semangat kepada para peserta, semalam.

 

Sesi tersebut disampaikan oleh Pengurus Besar Bahagian Pemerkasaan Asnaf, Amirudin Osman, yang memberikan dorongan dan motivasi kepada peserta untuk mengubah masa depan mereka selepas tamat latihan.


TVET antara bidang yang sedang memuncak di Malaysia dan seharusnya diterokai oleh lebih ramai peserta (kredit foto: Facebook MAIPk)


Majlis Perasmian Pelepasan peserta pula disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi (CEO) MAIPk, Wan Maizura binti Wan Zahari. 

 

Wan Maizura menekankan bahawa bidang TVET merupakan antara jalan utama menuju kejayaan masa hadapan selain berkongsi kisah suka dan duka sebagai inspirasi kepada para peserta.

 

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), SRC Global Resources Sdn. Bhd., Datuk Norhisham Mohd Ariffin; Pengurus Perniagaan, MARA Excellent Ventures Sdn. Bhd., Muhammad Saiful bin Mohd Khairi, dan Ketua Jabatan TVET, MARA Excellent Ventures Sdn. Bhd, Muhammad Iskandar Dzulkarnain bin Mohd Zaidi.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

26 Jun 2025

Waktu solat berikutnya,

Dhuhr

pada

13:19

mosque
imsak

Imsak

05:43:00

fajr

Fajr

05:53:00

syuruk

Syuruk

07:06:00

dhuhr

Dhuhr

13:19:00

asr

Asr

16:45:00

maghrib

Maghrib

19:28:00

isha

Isha

20:44:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase