Back To All

Jun 05, 2025 6PM

Kewangan Islam tumpuan MIDF, pacu transformasi perindustrian negara

Kewangan Islam kini menjadi tumpuan Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) dalam usaha mempercepat transformasi perindustrian negara termasuk sektor pertumbuhan tinggi seperti pembuatan termaju, teknologi hijau, ekonomi digital dan industri Halal.

 

Naib Presiden dan Ketua Penasihat Pemasaran dan Perniagaan MIDF, Fadzlan Abu Bakar berkata, kewangan Islam berperanan sebagai pemangkin yang menyokong matlamat pembangunan Malaysia berdasarkan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.

 

“Kami mendapati kewangan Islam bukan sahaja sebagai alat pembiayaan malah juga sebagai pemangkin yang menyokong pertumbuhan industri yang beretika, inklusif dan mampan,” katanya seperti dipetik BERNAMA.


Pengusaha PKS antara golongan yang sukar mendapatkan bantuan kewangan arus perdana kerana kekurangan cagaran dan rekod kewangan terhad (kredit foto: Malaysiakini)


Pendekatan MIDF itu memanfaatkan pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang berhasrat untuk meningkatkan operasi dan menggunakan teknologi baharu dalam operasi.

 

Pengusaha PKS yang menghadapi cabaran dalam mendapatkan sijil Halal dan menaik taraf teknologi boleh menyertai program utama MIDF iaitu skim Akreditasi Halal dan Penambahbaikan Teknologi (HATI).

 

“Melalui peruntukan dana RM100 juta, skim ini membantu PKS dalam sektor seperti makanan dan minuman, kosmetik, logistik, dan farmaseutikal dalam mendapatkan pensijilan halal dan pada masa sama meningkatkan keupayaan teknologi masing-masing,” katanya.

 

Inisiatif itu adalah kerjasama antara MIDF dengan Halal Development Corporation (HDC), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan rakan strategik lain.


Naib Presiden dan Ketua Penasihat Pemasaran dan Perniagaan MIDF, Fadzlan Abu Bakar (kredit foto: MIDF)


MIDF turut merancang untuk melancarkan lebih banyak instrumen pembiayaan patuh syariah dalam tiga hingga lima tahun akan datang mengikut kesesuaian PKS dan firma bersaiz sederhana selain mempercepat pendigitalan penyampaian kewangan Islam menerusi platform teknologi kewangan.

 

Fadzlan berkata, instrumen tersebut dikembangkan berasaskan ekuiti seperti Musharakah dan Mudarabah, serta meneroka pembiayaan Islam rakan setara kepada rakan setara dan  platform berasaskan “blockchain” untuk meningkatkan ketelusan dan ketercapaian.

 

Langkah itu juga bertujuan menyatupadukan elemen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dengan rangka kerja kewangan Islam MIDF bagi memastikan ia sejajar dengan agenda kemampanan Malaysia.

 

Pada masa sama, MIDF menguruskan beberapa dana kerajaan yang tertumpu kepada ESG meliputi skim Pembiayaan Biz Mampan dan Hijau serta Pembiayaan Biz Mobiliti Mampan.


Semakin menghampiri penghujung tahun 2025, keberkesanan Rancangan Malaysia Kedua Belas akan mulai dikaji kelak (kredit foto: Malaysiakini)


“Inisiatif ini menyokong perniagaan Malaysia dalam mengguna pakai teknologi yang lebih bersih, meningkatkan kecekapan tenaga, dan menyumbang kepada pertumbuhan ekosistem kenderaan elektrik.

 

“MIDF akan terus menjajarkan mandat pembiayaannya dengan dasar utama negara seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) untuk memajukan peralihan karbon rendah negara dan menggalakkan ekosistem perindustrian yang inklusif dan mampan,” kata MIDF.

 

Sementara itu, sempena Expo 2025 Osaka, MIDF menganjurkan forum bertajuk ‘Manfaat Kewangan Islam dalam Menyokong Ekonomi Global yang Berdaya Tahan’ di Dewan Perniagaan Pavilion Malaysia.

 

Forum itu memberikan pandangan mengenai sumbangan kewangan Islam dalam memupuk sistem kewangan global yang lebih berdaya tahan dan inklusif, dan pada masa yang sama mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju pemikiran dalam kewangan Islam dan pelaburan mampan.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

07 Jun 2025

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:40

mosque
imsak

Imsak

05:40:00

fajr

Fajr

05:50:00

syuruk

Syuruk

07:02:00

dhuhr

Dhuhr

13:15:00

asr

Asr

16:40:00

maghrib

Maghrib

19:24:00

isha

Isha

20:39:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase