Nov 28, 2024 12PM
Malaysia intai potensi pelaburan industri halal dengan Brazil
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengintai potensi pelaburan industri halal dengan Brazil dalam pertemuan yang diadakan Ketua Pengarahnya, Sirajuddin Suhaimee bersama wakil duta Brazil di Malaysia, semalam.
Sirajuddin berkata, Brazil adalah rakan dagang kedua terbesar Malaysia dalam kalangan negara Amerika Latin, selepas Mexico khususnya dalam sektor pertanian.
“Di peringkat antarabangsa, Brazil adalah pengeksport utama produk daging halal ke
negara majoriti Muslim manakala Malaysia diiktiraf di peringkat global berikut sistem pensijilan halal Jakim.
“Justeru, sinergi itu menjadikan Malaysia dan Brazil saling memerlukan dan saling menguatkan ekonomi masing-masing,” katanya.
Dari kiri, Cirne, Sangkar, Mohd Kori dan Sirajuddin (tengah)
Setakat ini, menurut Sirajuddin, terdapat dua badan Pensijilan Halal Luar Negara dari Brazil diiktiraf Jakim.
Jakim menerima kunjungan daripada Setiausaha Kedua Brazil, Victor Cirne dan Pegawai Perdagangan di Kedutaan Brazil, Sangkar Bahadur Poudel.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Mohamad Kori Jusoh.
Waktu Solat
06 Dec 2024
Waktu solat berikutnya,
Dhuhr
pada
13:07