Mar 07, 2025 2PM
Masjid Hopping pertama Lembaga Zakat Selangor terima sambutan lebih 300 pengunjung
Seawal jam 5.00 petang, lori Zakat Sana Sini (ZASS) telah bertapak di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya hari ini bagi siri program Masjid Hopping yang pertama oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Program ini merupakan satu inisiatif LZS untuk memudahkan umat Islam membayar zakat sempena Ramadan di masjid-masjid tumpuan masyarakat di Selangor.
Pengunjung bertuah membawa pulang sagu hati Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang merangkumi kad TNG edisi khas LZS
Kinihalal sebagai rakan strategik juga turut serta di tempat kejadian bagi mengedarkan kopi tajaan HWC Coffee dan kad TNG edisi istimewa LZS untuk pengunjung yang mengikuti akaun media sosial LZS dan Kinihalal.
Rata-rata pengunjung menyambut baik inisiatif ini dengan melawat reruai Kinihalal x LZS sehingga kesemua 300 botol minuman dari HWC Coffee habis diedarkan sebelum waktu berbuka puasa.
Pengunjung sedang beratur untuk mengambil makanan berbuka puasa yang disediakan oleh pengurusan masjid
Persekitaran masjid turut dimeriahkan dengan sesi pengambilan juadah berbuka puasa dan bacaan al-quran sementara menunggu azan maghrib berkumandang.
Seusai azan, Masjid Raja Haji Fi Sabilillah gamat dengan suasana para pengunjung berbuka puasa bersama-sama.
Seni bina dan seni reka Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya menarik bukan sahaja orang tempatan namun orang luar untuk beribadat dan mengagumi keindahannya
Nantikan video penuh episod pertama siri Masjid Hopping bersama LZS di akaun media sosial Kinihalal.
Episod seterusnya akan menyusul dengan siri Masjid Hopping diadakan di dua buah lokasi lagi pada 18 dan 24 Mac di masjid-masjid sekitar Selangor.
Ketahui destinasi akan datang dengan mengikuti perkembangan siri ini di akaun media sosial kami dan Lembaga Zakat Selangor. Jumpa anda di sana!
Waktu Solat


10 Mar 2025
Waktu solat berikutnya,
Dhuhr
pada
13:26

