Back To All

Nov 21, 2024 10AM

Jualan Matrade di Mihas@Dubai langkau sasaran, cecah RM2.2 bilion

Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) di Dubai memperolehi kejayaan memberangsangkan selepas jualannya melangkaui sasaran sebanyak 120 peratus kepada RM2.2 bilion.

 

Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Reezal Merican Naina berkata, sasaran itu dicapai melalui pameran dan Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) sepanjang tempoh tiga hari.

 

Menurutnya, kejayaan itu menyerlahkan peranan strategik Malaysia dalam mempromosikan perdagangan halal dan keberkesanan inisiatif diplomasi halalnya.

 

“MIHAS@Dubai bukan saja mempamerkan kepimpinan Malaysia dalam industri halal tapi turut membuka jalan kepada hubungan ekonomi yang lebih mendalam dengan rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA). 

 

“Sambutan termasuk angka jualan yang menggalakkan menunjukkan permintaan yang agak tinggi bagi produk serta perkhidmatan halal Malaysia, mengukuhkan kedudukan kami sebagai hab halal global,” katanya dalam kenyataan.

 

Acara bermula 18 Nov lalu di Pusat Dagangan Dunia Dubai itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Ahmad Zahid Hamidi. 

 

INSP menghubungkan syarikat Malaysia dengan pembeli antarabangsa yang dipilih dengan teliti oleh pejabat Matrade di seluruh dunia.

 

Program tersebut memainkan peranan penting dalam memacu jualan sebenar dan berpotensi, menyediakan platform kepada syarikat Malaysia bertemu pelanggan berprofil tinggi selain mewujudkan perkongsian jangka panjang.

 

Acara bermula pada 18 Nov lalu di Pusat Dagangan Dunia Dubai itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Ahmad Zahid Hamidi. 

 

Mihas@Dubai menonjolkan pengaruh Malaysia yang semakin melonjak dalam pasaran halal global termasuk komitmennya untuk memupuk perkongsian perdagangan di seluruh rantau MENA.

 

Ia menyaksikan sebanyak 215  penyertaan daripada syarikat Malaysia, mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan halal, mencerminkan kepimpinan negara dalam ekonomi halal global.


Semasa majlis itu, empat memorandum persefahaman (MoU) dan satu memorandum perjanjian (MoA) telah ditandatangani sekali gus menandakan kemajuan penting dalam perdagangan halal. 

 

Dalam menekankan kepentingan MIHAS@Dubai bagi memajukan diplomasi halal Malaysia, Reezal berkata, acara itu menonjolkan komitmen Malaysia untuk membina jambatan melalui perdagangan halal.

 

“Jualan pecah rekod termasuk MoU (memorandum persefahaman) yang ditandatangani menyerlahkan peranan kami sebagai peneraju halal global. Kami berterima kasih kepada rakan kongsi dan pempamer atas dedikasi mereka dalam menjayakan acara ini,” katanya.



Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

04 Dec 2024

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:43

mosque
imsak

Imsak

05:43:00

fajr

Fajr

05:53:00

syuruk

Syuruk

07:04:00

dhuhr

Dhuhr

13:06:00

asr

Asr

16:29:00

maghrib

Maghrib

19:04:00

isha

Isha

20:18:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Hei 2023Malaysia Showcase