Mar 03, 2025 3PM
Halal Engage, Public Islamic Bank Tawar Pakej Bantu PKS Masuk Industri Halal
Public Islamic Bank Berhad (Public Islamic Bank) mengumumkan pelancaran Program Halal Engage, satu inisiatif komprehesif yang direka untuk memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam industri Halal di Malaysia. Program itu bertujuan memperkukuhkan ekonomi Halal dengan menawarkan sokongan kewangan dan sumber perniagaan penting kepada peserta tempatan dalam sektor Halal.
Sebagai sebahagian daripada tumpuan strategiknya terhadap bahagian pasaran Halal yang semakin berkembang, Program Halal Engage menawarkan penyelesaian kewangan untuk membantu pelbagai keperluan perniagaan Halal. Ini termasuk memperoleh premis yang patuh dengan piawaian Halal, mengembangkan operasi, mendapatkan modal kerja dan menyokong peralihan lestari seiring dengan trend industri Halal global.
Dengan usaha ke arah menyediakan penyelesaian yang komprehensif, Public Islamic Bank Berhad bekerjasama dengan Halal Development Corporation Berhad (HDC) melalui perkhidmatan Halal Integrated Platform (HIP) untuk mengembangkan akses pasaran di peringkat global. Selain itu, HDC juga menyokong PKS yang mengeluarkan produk dan perkhidmatan Halal melalui pelbagai inisiatif dalam ekosistem halal, termasuk perundingan, khidmat nasihat dan latihan perindustrian halal.
Selain sokongan kewangan, program tersebut melibatkan kerjasama dengan rakan perniagaan utama untuk menganjurkan acara dan inisiatif yang direka untuk memperluaskan capaian pasaran, pendedahan dan kesedaran tentang peserta industri Halal. Program itu sejajar dengan agenda kebangsaan untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi Halal, pada peringkat domestik dan antarabangsa, menggalakkan inovasi dan meningkatkan daya saing Malaysia dalam sektor Halal di peringkat global.
Dengan kerjasama media, Kinihalal, platform yang khusus dalam industri Halal, tentunya akan membantu PKS dalam aktiviti promosi dan publisiti bagi produk dan syarikat.
En. Syamsul Azuan, Ketua Pegawai Eksekutif PIBB dan En. Mohd Zamulud, Ketua Pegawai Operasi HDC merasmikan pelancaran HEP, disaksikan oleh Cik Rianna Mohd Ariff dari PIBB dan Puan Rusyilda Ismail dari KiniHalal
"Kami amat komited dalam menyokong pertumbuhan perniagaan berkaitan halal, yang penting untuk memacu kedudukan Malaysia sebagai peneraju dalam industri Halal global. Dengan Program Halal Engage, kami menyasarkan untuk menyediakan platform yang kukuh untuk PKS terus maju, berkembang dan beralih kepada amalan lestari agar perniagaan mereka berdaya tahan pada masa hadapan. Kami berhasrat untuk meningkatkan porfolio pembiayaan Halal kami sebanyak RM1.0 bilion secara keseluruhan,” kata Encik Syamsul Azuan Ahmad Fauzi, Ketua Pegawai Ekskutif Public Islamic Bank Berhad.
Program Halal Engage anjuran Public Islamic Bank secara strategiknya sejajar dengan matlamat Bank yang meluas iaitu memajukan perkembangan industri Halal, memastikan perniagaan mempunyai persediaan dan sokongan untuk mencapai kejayaan jangka panjang, sambil menyumbang kepada landskap ekonomi halal kebangsaan dan global.
Untuk maklumat lanjut tentang Program Halal Engage dan cara untuk mengambil bahagian, sila layari https://www.publicislamicbank.com.my/personal-banking/banking/financing/ atau hubungi pasukan perkhidmatan pelanggan kami melalui
[email protected] atau [email protected].
Para pegawai Public Islamic Bank dan Halal Development Corporation Berhad dan KiniHalal bergambar selepas perasmian Halal Engage Program
Waktu Solat


04 Mar 2025
Waktu solat berikutnya,
Imsak
pada
06:06

