Back To All

Feb 25, 2025 5PM

Persiapan menuju Ramadan dan ibadah yang berkualiti

Ramadan hampir menjelma, bulan yang ditunggu-tunggu umat Islam kerana kelebihan dan ganjaran besar yang ditawarkan Allah SWT kepada mereka yang mengerjakan pahala.

 

Justeru, umat Islam disarankan untuk bersedia dari segi jasmani, rohani dan minda agar dapat menjalankan ibadah dengan sempurna.

 

Apakah persiapan menuju Ramadan yang boleh dilakukan?

 

1. Meningkatkan kualiti ibadah 


Antara aspek terpenting dalam menyambut Ramadan adalah meningkatkan kualiti ibadah. Hal itu dapat dilakukan dengan membiasakan diri mendirikan solat sunat, memperbanyakkan membaca al-Quran dan berzikir. 

 

Selain itu, sekiranya memiliki hutang puasa pada tahun lalu, segeralah membayarnya agar ibadah Ramadan kali ini boleh disambut dengan lebih tenang.

 

Jika berdepan kekangan boleh membayar fidyah, denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat menggantikan puasanya di bulan Ramadan pada sesuatu tahun hingga tiba bulan Ramadan tahun berikutnya.



Umat Islam digalakkan memperbanyakkan amal ibadah semasa Ramadan termasuk membaca al-Quran



2. Memperbanyakkan doa 


Di bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan keampunan, penting untuk umat Islam melazimi istighfar dan taubat. Menyucikan hati sebelum memasuki bulan suci akan membantu seseorang menjalani ibadah dengan lebih khusyuk.


3. Menjaga kesihatan tubuh badan

Penting menjaga kesihatan tubuh badan dengan mengambil makanan seimbang.

 

Selain itu, menjaga pola tidur serta melakukan senaman ringan untuk kecergasan diri juga akan membantu tubuh beradaptasi saat berpuasa.



Senaman ringan sesaat sebelum berbuka puasa akan membakar lebih banyak lemak - kredit gambar Kiki Vega (gambar hiasan) 



4. Mengatur pola makan


Sebelum Ramadan, disarankan untuk memulakan latihan mengurangkan jumlah makanan, dengan cara sedemikian, tubuh akan terbiasa dengan menahan lapar dan haus lebih 12 jam.

 

Seeloknya, mengurangkan pengambilan kafein dengan memperbanyakkan makanan tinggi serat dan menghindari jenis terlalu berminyak.

 

5. Melatih kesabaran


Berpuasa melatih seseorang untuk belajar bersabar. Oleh kerana itu, umat Islam dianjurkan untuk melatih kesabaran sebelum memasuki bulan suci. 

 

Antara cara untuk melatih kesabaran adalah dengan menahan amarah, belajar bersikap tenang dalam menghadapi masalah dan menghindari perdebatan yang tidak perlu.

 

6. Pentingnya niat dan tujuan yang jelas


Niat adalah penggerak utama dalam setiap tindakan dilakukan terutama sewaktu bulan puasa. Menguatkan niat akan membantu individu untuk fokus pada ibadah dan memperbaiki amalan.

 

Seseorang yang berpuasa dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah akan lebih mudah menahan lapar dan dahaga.

 

7. Mengeratkan silaturahim


Tempoh Ramadan adalah momen yang tepat untuk menjaga hubungan dengan keluarga, teman dan sesama umat Islam yang lain.

 

Sebelum menempuh bulan suci itu, umat Islam disarankan untuk meminta maaf sekiranya melakukan kesilapan dan menyelesaikan segala perselisihan faham.

 

Bersihkan diri dari dosa yang lalu, damaikan hati dengan memaafkan - kredit gambar Mihai Surdu (gambar hiasan)



8. Bersedekah


Antara amalan sering dianjurkan dalam Islam adalah membantu sesama Muslim terutama golongan yang tidak berkemampuan baik sama ada dalam bentuk makanan, pakaian ataupun kewangan.


9. Mengatur kewangan


Masyarakat perlu cerdik dalam mengurus kewangan keluarga agar tidak terbeban menjelang Aidilfitri. Oleh itu, penting untuk mengatur kewangan sepanjang Ramadan agar tidak boros kerana membeli keperluan untuk hari raya.

 

10. Tunaikan zakat dan infaq


Selain menyiapkan keperluan diri, umat Islam juga diwajibkan untuk menunaikan zakat fitrah. Tentukan jumlah zakat yang harus dibayar serta cara untuk menyalurkannya.

 

Untuk ibadah yang lebih lengkap, persiapkan juga dana untuk berinfaq.


Jangan lupa bayar zakat fitrah - kredit gambar PPZ MAIWP (gambar hiasan) 

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

25 Feb 2025

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

06:07 (26 Feb 2025)

mosque
imsak

Imsak

06:07:00

fajr

Fajr

06:17:00

syuruk

Syuruk

07:24:00

dhuhr

Dhuhr

13:29:00

asr

Asr

16:45:00

maghrib

Maghrib

19:29:00

isha

Isha

20:39:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Hei 2023Malaysia Showcase