Back To All

Mar 05, 2025 11AM

Program Aspirasi Wanita dari Maybank Islamic penyelesaian kewangan wanita PMKS

Usahawan wanita dalam sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berdepan kesulitan kewangan tidak lagi perlu khuatir untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan dengan adanya pembiayaan kewangan Program Aspirasi Wanita oleh Maybank Islamic Berhad (MIB).

 

Ketua Pengurusan Syariah, MIB, Munawwaruzzaman Mahmud berkata, program Aspirasi Wanita digital diperkenalkan MIB bagi menyokong iTEKAD yang diwujudkan Bank Negara Malaysia itu bertujuan memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik serta mereka yang tidak boleh mendapat akses kepada perkhidmatan perbankan. 

 

“Kami sediakan inisiatif ini untuk manfaat golongan tersebut kerana matlamat utama menyediakan pembiayaan adalah untuk memperkasa komuniti, memberi peluang untuk memulakan, mengembangkan perniagaan kecil dan meningkatkan taraf hidup mereka.

 

“Pihak MIB juga melihat inisiatif ini selaras dengan prinsip kewangan sosial Islam, justeru boleh mengurangkan jurang kemiskinan selain memacu ekonomi masyarakat khususnya B40,” katanya.

 

Jelas Munawwaruzzaman, usahawan wanita PMKS cenderung melalui kesukaran seperti mempunyai kedudukan kredit yang kurang baik atau tidak mempunyai akses kepada pembiayaan kewangan yang sah.


Munawawaruzzaman dan Nuraizah pada bual bicara Halaltuju  kewangan sosial Islam dan pemerkasaan komuniti dalam sektor kewangan PMKS bersama moderator, Syilda di Facebook



Justeru menurut beliau, bagi menilai risiko kredit, MIB akan membuat penilaian secara fleksibel dengan memfokuskan potensi dan keupayaan pemohon untuk membayar balik pembiayaan berdasarkan aliran tunai perniagaan diusahakan.

 

“Kebiasaannya usahawan PMKS tidak mempunyai rekod kredit yang baik dan jarang mendapatkan akses pembiayaan tradisional atau konvensional,” katanya.

 

Beliau berkata demikian pada siaran langsung Halaltuju, kewangan sosial Islam dan pemerkasaan komuniti dalam sektor kewangan PMKS bersama seorang lagi ahli panel, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, MADCash, Nuraizah Shamsul Baharin, serta moderator, Penerbit Kanan, Kinihalal, Syilda Ismail di Facebook baru-baru ini.

 

Mengulas testimoni usahawan wanita PMKS yang berjaya melalui program berkenaan, Munawwaruzzaman berkata, paling membanggakan apabila ada di antara peserta berjaya mencatat jualan memberangsangkan.

 

Menurut beliau, kejayaan itu membawa impak positif bukan setakat dari sudut menaikkan taraf ekonomi sendiri bahkan tingkat perniagaan sedia ada dengan cara memberi impak kepada masyarakat setempat.


Ada dalam kalangan peserta berjaya mencatat jualan memberangsangkan dan pada masa sama berkemampuan mengupah pekerja 



 

“Ada jualan meningkat 100 peratus dan 150 peratus selepas sebulan atau tiga bulan menyertai latihan pengetahuan kami berikan.

 

“Mereka juga berpeluang mengembangkan perniagaan dan pada masa sama dilihat berkemampuan untuk mengupah pekerja dalam kalangan B40, sekali gus memberi manfaat kepada golongan berkenaan,” katanya.

 

Sementara itu, Nuraizah berkata, program MADCash adalah pembiayaan mikro patuh syariah bagi membolehkan usahawan mengembangkan perniagaan tanpa risau pembayaran faedah yang tinggi.

 

Menurut beliau, bukan setakat pembiayaan kewangan, usahawan wanita dengan MADCash boleh menikmati pelbagai kelebihan lain yang dapat membantu mereka berjaya dalam perniagaan misalnya gabungan dasar sokongan, mengintai peluang pasaran dan perspektif serta kemahiran unik.


MADCash berjaya melahirkan 300 usahawan 



“MADCash mahu berikan bantuan dan tidak mahu wanita ini meminjam ah long. Kami berikan pinjaman tanpa faedah dengan pematuhan syariah.

 

“Semua wanita yang berdepan masalah kewangan boleh meminjam kecuali yang ada kes brankap kerana pembiayaan yang diberikan akan disalurkan kepada kerajaan (insolvensi).

 

“Sekiranya cukup untuk dia beri makan pada keluarga dan kembangkan perniagaan sedia ada barulah dia bayar hutang yang dipinjam,” katanya.




Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

28 Mar 2025

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:56 (29 Mar 2025)

mosque
imsak

Imsak

05:57:00

fajr

Fajr

06:07:00

syuruk

Syuruk

07:14:00

dhuhr

Dhuhr

13:21:00

asr

Asr

16:22:00

maghrib

Maghrib

19:24:00

isha

Isha

20:33:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Hei 2023Malaysia Showcase