Back To All

Sep 08, 2025 3PM

Sushi Plus tampil Flavour Kahwin, gabungkan citarasa Malaysia dalam sushi Jepun

Sushi Plus, sebuah jenama sushi tempatan memperkenalkan menu gabungan dinamakan Flavour Kahwin yang menerapkan teknik penghasilan sushi cara Jepun namun dengan menyuntik citarasa Malaysia.

 

Syarikat lokal tersebut memaklumkan, juadah istimewa tersebut adalah gandingan antara chef residen Sushi Plus, Chef Hugo dengan chef selebriti dan juara MasterChef Selebriti Malaysia, Datuk Fazley Yaakob.

 

Katanya, Flavour Kahwin menampilkan empat sajian unik iaitu Nasi Lemak Sambal Idako, Beef Cili Api Sushi, Pulut Rendang Ayam Sushi dan Nasi Kerabu Unagi Sushi yang membawa pengalaman kulinari berani, berwarna-warni serta padat dengan rasa kebanggaan Malaysia.

 

Chef Hugo mewakili Sushi Plus berkata, beliau sudah lama mahu menghasilkan menu sushi yang benar-benar mewakili Malaysia dengan menggabungkan seni Jepun dengan rasa unik negara ini.

 

“Maka, pertemuan dengan Datuk Fazley menjadikan impian ini nyata dan lahirlah Flavour Kahwin,” katanya.


Chef residen Sushi Plus, Chef Hugo dan chef selebriti dan juara MasterChef Selebriti Malaysia, Datuk Fazley Yaakob.


Untuk rekod, Sushi Plus ditubuhkan sejak 2019 untuk menjadikan sushi sebagai sebahagian daripada gaya hidup harian melalui kualiti, inovasi dan harga berpatutan agar makanan tersebut lebih dekat dengan hati rakyat Malaysia.

 

Pada masa sama, Datuk Fazley turut berkongsi keterujaannya apabila Chef Hugo mengusulkan idea Flavour Kahwin yang membungkus makanan kegemaran rakyat Malaysia dalam bentuk sushi.

 

“Kepakaran beliau dalam teknik Jepun digabungkan dengan minat saya terhadap masakan tempatan menjadikan kolaborasi ini istimewa. 

 

“Bersama-sama, kami hasilkan sushi yang menyeronokkan, penuh rasa dan bangga dengan identiti Malaysia,” katanya.

 

Sushi Plus memaklumkan, menu Flavour Kahwin hanya boleh didapati selama dua bulan sahaja bermula 2 September ini di semua 15 cawangan Sushi Plus yang merangkumi Lembah Klang dan Johor. 

 

Sejajar dengan sambutan kemerdekaan ke-68 dan Hari Malaysia akan datang, Sushi Plus berkata pihaknya berharap agar menu itu dapat menarik perhatian rakyat Malaysia melalui penyatuan warisan, budaya dan inovasi dalam hidangan harian. 

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

09 Sep 2025

Waktu solat berikutnya,

Dhuhr

pada

13:13

mosque
imsak

Imsak

05:48:00

fajr

Fajr

05:58:00

syuruk

Syuruk

07:05:00

dhuhr

Dhuhr

13:13:00

asr

Asr

16:17:00

maghrib

Maghrib

19:17:00

isha

Isha

20:26:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase