Back To All

Jun 02, 2023 3PM

Ajinomoto rai tiga pemenang pingat Sukan SEA 2023

Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada tiga atlet negara yang telah mengharumkan nama Malaysia pada temasya Sukan SEA ke-32 di Kemboja baru-baru ini.

Sempena meraikan kejayaan mereka, AMB menganjurkan majlis penghargaan di Kilang AMB, Bandar Enstek pada 1 Jun semalam. Ketiga-tiga atlet di bawah ASEAN Victory Project® ialah Andre Anura Anuar yang membawa pulang pingat emas bagi acara lompat kijang manakala pelempar cakera, Queenie Ting Kung Ni dan atlet lompat galah, Nor Sarah Adi masing-masing berjaya membawa pulang pingat perak.

Terdahulu, ketiga-tiga atlet terbabit telah mengambil bahagian dalam Program Pemakanan Sukan Winning Meals Kachimeshi® di bawah ASEAN Victory Project®. Mereka telah diberi pendedahan mengenai pemakanan sukan dan menerima makanan seimbang bagi memenuhi keperluan latihan dan sasaran mereka di temasya Sukan SEA ke-32, Kemboja yang berlangsung pada 5 hingga 17 Mei lalu.

Malah, ketiga-tiga atlet terbabit akui bahawa program nutrisi sukan Winning Meals Kachimeshi® telah membantu mereka mencapai potensi dan prestasi luar biasa bagi membolehkan mereka meraih keputusan cemerlang pada edisi Sukan SEA kali ini.

Pengarah Urusan AMB, Tomoharu Abe berkata, pihaknya berharap Program Winning Meals Kachimeshi® akan dapat terus memberi sokongan dan manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Program Winning Meals Kachimeshi® ini juga diharapkan dapat memupuk amalan 'Pemakanan Sihat, Hidup aktif' dalam kalangan atlet dan individu yang aktif bersukan," katanya ketika Majlis Penghargaan Pemenang Pingat di bawah ASEAN Victory Project® dalam Sukan SEA ke-32 di Kilang AMB, Bandar Enstek baru-baru ini.

Penglibatan AMB dalam pemakanan nutrisi sukan bermula sejak tahun 2019 melalui kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam 'Projek Kesedaran Pemakanan Sukan'. Projek ini merupakan inisiatif Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV) yang bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan nutrisi sukan dalam kalangan pelajar-atlet. Projek tersebut masi diteruskan dan kini melibatkan tiga buah sekolah sukan yang terkenal iaitu Sekolah Sukan Bukit Jalil, Sekolah Sukan Malaysia Pahang dan Sekolah Sukan Malaysia Sabah.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Winning Meals Kachimeshi®, sila layari https://www.ajinomoto.com.my/asv/about-sports-nutrition. Pastikan anda mengikuti media sosial Ajinomoto (Malaysia) Berhad @myajinomoto di Facebook dan Instagram, serta @aminoVITAL® di Facebook untuk maklumat terkini tentang berita dan aktiviti seterusnya!

Sumber: Ajinomoto (M) Berhad

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

26 Apr 2025

Waktu solat berikutnya,

Dhuhr

pada

13:14

mosque
imsak

Imsak

05:45:00

fajr

Fajr

05:55:00

syuruk

Syuruk

07:04:00

dhuhr

Dhuhr

13:14:00

asr

Asr

16:30:00

maghrib

Maghrib

19:20:00

isha

Isha

20:31:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase