Back To All

Sep 03, 2025 5PM

Bank Muamalat lancar Kad Debit PKS patuh Shariah

Bank Muamalat dengan kolaborasi bersama Mastercard melancarkan Kad Debit PKS patuh Shariah pertama negara yang direka khas untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi menyokong dan memperkasakan perniagaan di seluruh Malaysia.

 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, bank itu komited dalam menyediakan penyelesaian kewangan yang beretika, mudah diakses dan bermanfaat yang membantu perniagaan Malaysia berkembang dengan yakin.

 

“PKS menyumbang secara signifikan kepada KDNK negara dan merupakan tunjang kepada daya tahan ekonomi Malaysia. 

 

“Kad Debit PKS-i ini adalah bukti visi kami untuk menyokong komuniti perniagaan melalui produk yang mencerminkan prinsip Syariah dan keperluan perniagaan moden,” katanya dalam sebuah kenyataan. 

 

Untuk rekod,  97 peratus daripada jumlah perniagaan di Malaysia terdiri daripada PKS dan sektor itu menyumbang 38 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. 


Kad Debit-i PKS Bank Muamalat dengan kolaborasi bersama Mastercard (kredit foto: Bank Muamalat)


Sehubungan itu, kad tersebut memperkukuh komitmen bersama terhadap pertumbuhan ekonomi inklusif dan pemerkasaan digital.

 

Menurut Bank Muamalat, kad Debit PKS itu membolehkan perniagaan berkelayakan untuk menikmati pelbagai manfaat kewangan yang disampaikan dalam struktur yang mematuhi prinsip perbankan Islam.

 

“Sebagai sebahagian daripada kempen pelancaran terhad, pemegang kad boleh memperoleh pulangan tunai sehingga empat peratus ke atas perbelanjaan utama perniagaan dalam tempoh enam bulan pertama. 

 

“Pulangan tunai ini tertumpu kepada perbelanjaan di agensi pelancongan atas talian (OTA), platform e-dagang utama seperti Shopee dan Lazada serta pengiklanan digital di platform seperti Google dan Meta,” katanya.

 

Pemegang kad juga berpeluang menikmati pengecualian yuran pengeluaran ATM antarabangsa sebanyak dua kali sebulan, selain akses eksklusif kepada Mastercard Easy Savings, Priceless Specials dan pelbagai tawaran dagangan terpilih.


Pengurus Mastercard di Malaysia dan Brunei, Beena Pothen (kredit foto: Asian Business Review)


Sementara itu, Pengurus Negara, Malaysia dan Brunei, Mastercard, Beena Pothen berkata, perniagaan kecil merupakan tulang belakang ekonomi Malaysia dan pertumbuhan mereka bergantung kepada akses terhadap penyelesaian kewangan yang bukan sahaja berkesan tetapi juga selaras dengan nilai mereka. 

 

“Kerjasama ini dengan Bank Muamalat memberi kuasa kepada usahawan dengan manfaat perniagaan harian tanpa keperluan kepada kemudahan kredit. Ia direka untuk memenuhi keperluan sebenar PKS sambil menyokong perjalanan mereka ke arah keterangkuman digital dan kewangan. 

 

“Ini adalah contoh terbaik bagaimana kewangan Islam dan pembayaran digital boleh digabungkan untuk membuka potensi baharu bagi komuniti PKS Malaysia yang dinamik,” katanya.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

08 Sep 2025

Waktu solat berikutnya,

Dhuhr

pada

13:14

mosque
imsak

Imsak

05:49:00

fajr

Fajr

05:59:00

syuruk

Syuruk

07:06:00

dhuhr

Dhuhr

13:14:00

asr

Asr

16:18:00

maghrib

Maghrib

19:17:00

isha

Isha

20:27:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase