Back To All

Jan 11, 2023 4PM

Bilangan pembayar zakat di Melaka meningkat

MELAKA – Jumlah pembayar zakat di negeri ini meningkat hampir lima peratus kepada 53,414 orang tahun lalu berbanding 50,953 orang pada 2021.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, kutipan zakat Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) pula meningkat kepada RM116.8 juta sepanjang 2022 dan jumlah itu meningkat hampir RM11 juta atau 10.21 peratus berbanding RM106 juta pada 2021.

“Bilangan pembayar zakat meningkat daripada 50,953 orang pada 2021 kepada 53,414 orang pada tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 4.83 peratus.

“Kita menyasarkan kutipan zakat pada tahun ini berjumlah RM118 juta,” katanya pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Tambah Sulaiman, zakat pendapatan mencatatkan kutipan tertinggi berjumlah RM69.4 juta diikuti zakat wang simpanan sebanyak RM22.4 juta sementara RM16.8 juta daripada zakat perniagaan serta zakat pertanian sebanyak RM57,347.09.

Sumber: Kosmo!

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

21 Jun 2025

Waktu solat berikutnya,

Asr

pada

16:44

mosque
imsak

Imsak

05:42:00

fajr

Fajr

05:52:00

syuruk

Syuruk

07:05:00

dhuhr

Dhuhr

13:18:00

asr

Asr

16:44:00

maghrib

Maghrib

19:27:00

isha

Isha

20:43:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase