Back To All

Mar 06, 2025 10AM

Jom buka puasa di Seoul Garden, ada menu eksklusif Ramadan-Raya!

Restoran Korea Halal, Seoul Garden Group memperkenalkan menu eksklusif Ramadan-Raya sempena meraikan lebih 40 tahun kepakaran mereka dalam hidangan Asian Korean grill dan hot pot.

 

Menu istimewa itu bukan setakat menampilkan hidangan lazat, malah menzahirkan semangat kebersamaan yang biasanya menjadi tradisi masyarakat negara ini sewaktu musim perayaan.

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Seoul Garden Group, Andrew Lee, sepanjang penubuhan, Seoul Garden sering menjadi destinasi utama untuk pelanggannya berkumpul menikmati hidangan berkualiti sambil mencipta kenangan indah bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

 

“Tahun ini, kami terus memperkayakan pengalaman Asian Korean grill dan hot pot dengan memperkenalkan pengalaman makan eksklusif yang meraikan semangat kebersamaan dan menunjukkan perhargaan terhadap para pelanggan setia kami.

 

“Matlamat kami bukan sekadar menyediakan hidangan yang enak, tetapi juga mencipta satu pengalaman makan yang penuh kenangan dan istimewa untuk setiap kesempatan. 


 CEO Seoul Garden Group, Andrew Lee pada majlis pelancaran menu ekslusif Ramadan-Raya di IOI City Mall 


“Dengan menu Ramadan-Raya khas sepanjang bulan puasa ini, kami mengalu-alukan kedatangan para pelanggan untuk berbuka puasa bersama kami dan menikmati hidangan Korean BBQ di Malaysia dalam suasana yang mesra dan selesa, seakan-akan di rumah sendiri,” katanya pada majlis pelancaran yang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya baru-baru ini.

 

Majlis pelancaran itu turut dimeriahkan oleh personaliti media sosial, Azfar Heri, yang membawa tetamu menyusuri perjalanan kulinari istimewa dengan hidangan eksklusif Seoul Garden.

 

Sejak ditubuhkan pada 1983, Seoul Garden Group dikenali sebagai jenama yang sentiasa memperkenalkan inovasi baharu dalam dunia masakan Korea di Malaysia dan kini mengembangkan perusahaan itu di enam negara. 

 

Rangkaian jenama itu terdiri daripada tiga konsep utama iaitu Seoul Garden, Seoul Garden HOTPOT, dan Seoul Garden Korbi Grill dengan lebih 63 cawangan di seluruh Asia, termasuk 36 cawangan Seoul Garden di Malaysia.

 

Buffet grill dan hot pot di Seoul yang tersedia dalam pelbagai tahap harga menawarkan pilihan makanan yang lengkap dengan 11 kategori produk, termasuk daging, makanan laut, surimi, sayur-sayuran, sos dan perasa, pencuci mulut dan topping, buah-buahan, serta pelbagai pilihan sampingan. 

 

 Lebih 10 jenis daging segar ditawarkan dalam menu sebagai pilihan untuk dinikmati 


Dengan lebih 116 jenis pilihan daging berkualiti, makanan laut segar, sup, dan sayuran, Seoul Garden kekal menjadi destinasi utama bagi mereka yang ingin menikmati hidangan Asian Korean grill dan hot pot yang asli dan memuaskan.

 

Andrew berkata, sejak sekian lama, BBQ Korea dikenali sebagai pengalaman makan yang menyatukan orang ramai melalui hidangan yang penuh rasa, layanan mesra, dan detik-detik yang dikongsi bersama.

 

Katanya, ia sama ada untuk jamuan santai atau majlis istimewa, BBQ Korea menawarkan cara makan yang interaktif dan menghiburkan.

 

Menurut beliau, di Seoul Garden, tradisi itu diteruskan dengan konsep makan yang dinamik dan interaktif, membolehkan pelanggan memanggang sendiri daging pilihan mereka serta menikmati bahan-bahan segar yang tersedia. 

 

“Dengan menggabungkan elemen Korean BBQ bersama komitmen terhadap kualiti dan layanan mesra, Seoul Garden terus menjadi destinasi utama bagi penggemar makanan Korea di Malaysia yang ingin menikmati hidangan lazat sambil meluangkan masa berkualiti bersama orang tersayang.

 

 Terdapat pelbagai pilihan lain seperti mac and cheese dan ayam goreng


“Kami mempunyai pelbagai pelanggan, dari generasi milenial hingga Gen Z, tetapi mereka semua datang dengan satu tujuan, untuk menikmati makanan yang lazat. 

 

“Setiap pelanggan pasti teruja menerokai rasa baharu dan unik, sambil menikmati kebebasan untuk menyediakan hidangan mengikut citarasa masing-masing. 

 

“Keupayaan untuk mencipta pengalaman makan yang lebih peribadi menjadikan setiap hidangan lebih menyeronokkan dan memuaskan. 

 

“Pengalaman bukan sekadar melibatkan makanan yang sedap, ia juga satu aktiviti yang merapatkan hubungan, mencetuskan perbualan, dan mencipta kenangan yang berkekalan,” katanya.

 

Seoul Garden menggabungkan elemen Korean BBQ bersama komitmen terhadap kualiti dan layanan mesra


Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, Seoul Garden menawarkan baucar bernilai sehingga RM6 juta sepanjang tempoh Ramadan ini. 

 

Setiap baucar bernilai RM60 dan boleh didapati di seluruh negara hingga 31 Mac, selagi stok masih ada. 

 

Pelanggan yang menjamu selera di cawangan dan mengambil bahagian sewaktu tempoh promosi akan menerima baucar eksklusif berkenaan, membolehkan mereka menikmati lebih banyak penjimatan sambil meraikan semangat kebersamaan pada Ramadan.

 











Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

10 Mar 2025

Waktu solat berikutnya,

Dhuhr

pada

13:26

mosque
imsak

Imsak

06:04:00

fajr

Fajr

06:14:00

syuruk

Syuruk

07:20:00

dhuhr

Dhuhr

13:26:00

asr

Asr

16:37:00

maghrib

Maghrib

19:28:00

isha

Isha

20:36:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Hei 2023Malaysia Showcase