Back To All

Jun 23, 2025 3PM

fennel & co., cafe terbaru estetik di The Stories, Bukit Tunku

Jika pengunjung ke The Stories, Bukit Tunku, Kuala Lumpur, ia pasti kerana ada berbagai cafe dan restoran berestetika dan "insta-worthy" di sana.



Kini, The Stories Bukit Tunku menerima kehadiran sebuah restoran baharu yang menjanjikan pengalaman ‘home-ly’ buat para pencinta makanan dan suasana santai — fennel & co. yang dibuka secara rasmi pada 12 Mei lalu. 

 

Restoran ini menampilkan konsep unik yang menggabungkan kehangatan suasana rumah dengan sajian berkualiti, sesuai untuk segala suasana — dari sarapan pagi yang tenang hingga ke makan malam penuh cerita.

 

Menurut pengasas fennel & co. di bawah pengurusan Kampung Kravers Sdn Bhd, restoran ini bukan sekadar tempat menjamu selera.


Ia dibina sebagai ruang untuk mencipta kenangan, mengeratkan hubungan dan bersantai — seolah-olah berada di ruang tamu rumah sendiri. 


fennel & co, santai, hijau dan nyaman


fennel & co. juga menitikberatkan prinsip halal di mana menu serta premis kedai miliknya sedang dalam proses mendapatkan pengesahan pensijilan halal. 

 

Antara menu istimewa yang ditawarkan termasuklah Biiig Breakfast — pilihan antara sosej ayam Sepanyol atau daging.

 

Penulis turut menikmati Croque Monsieur yang diolah menggunakan hirisan ayam, keju, sos mornay diapit dua keping roti brioche lembut; serta ayam goreng rangup berbalut oat (Buttermilk Oat-Crumbed Crispy Fried Chicken) yang dihidang bersama sos buatan chef seperti gochujang, habanero dan chili lime. 


Croque Monsieur antara hidang ‘favourite’ pengunjung yang datang


Bagi penggemar rasa tempatan pula, Spageti Tomyam Udang pasti membuka selera dengan kombinasi rempah yang kaya.

 

Pilihan minuman juga tidak kurang menariknya. Peminat matcha boleh menikmati Matcha Latte klasik, Matcha Blossom yang dihias krim strawberi berlapis, serta Dirty Matcha — gabungan unik matcha dan espresso untuk suntikan kafein berganda.

 

Sama ada pelanggan datang sendirian untuk menikmati sarapan, atau bersama keluarga dan rakan-rakan untuk makan malam santai, fennel & co. menyambut semua dengan tangan terbuka — menawarkan lebih daripada sekadar makanan, tetapi juga ketenangan hijau yang estetik. 

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

23 Jun 2025

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:43 (24 Jun 2025)

mosque
imsak

Imsak

05:43:00

fajr

Fajr

05:53:00

syuruk

Syuruk

07:06:00

dhuhr

Dhuhr

13:18:00

asr

Asr

16:44:00

maghrib

Maghrib

19:27:00

isha

Isha

20:43:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase